IPOH - Seorang guru maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah kereta di Jalan Jelapang berhampiran Chepor dekat sini semalam.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, Mohd Hanafe Ramli, 33, beralamat dari Chemor  meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Rambutan pada sesi petang dalam perjalanan pulang selepas menghantar anaknya ke sebuah tadika berhampiran.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, siasatan  mendapati motosikal ditunggangi mangsa dari arah Meru ke Chepor bergesel dengan sebuah kereta Honda Accord dari arah sama.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera  parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya.

Artikel Menarik:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

'Banyak kali dia minta maaf, risau jika saya tak selesa' - Cikgu ini kongsi sikap bekas muridnya

Guru cemerlang ini kongsi tip lulus temuduga Tahfiz Model Ulul Albab