“Terima kasih kepada mereka yang menyelamatkan kami daripada insiden lemas itu, jika tidak belum tentu kami hidup,” kata Norsatina Mat Salleh, 18, seorang daripada lima remaja perempuan yang terselamat selepas kereta dinaiki terbabas ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah pada 27 Mei lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 12.20 tengah hari itu, kesemua mereka diselamatkan seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil, 31, dan sepasang suami isteri Amirul Naim Harun, 27, dan Nurul Fazilah Mohd Nazarudin, 27, yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

“Saya bersyukur kerana Tuhan masih panjangkan umur kami semua dan sejujurnya kami sangat terhutang nyawa kepada mereka kerana membantu,” kata Norsatina ketika ditemui pemberita semalam.

Norsatina yang kian pulih bersama tiga lagi rakannya datang bertemu Muhammad Nor Imran di kediamannya di Hutan Melintang bagi menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih.

Dia turut berkesempatan membuat panggilan video bersama Amirul Naim dan Nurul Fazilah yang kini berada di Shah Alam, Selangor kerana bertugas.

Sementara itu, Amirul Naim meluahkan rasa terharu dengan penghargaan dan terima kasih yang diberikan kepadanya dan isteri walaupun kejadian itu berlaku bulan lalu.            
 

Artikel berkaitan:

Pelaksanaan : Pengurusan Prasarana

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Penglibatan Ibu Bapa/Penjaga

Pelaksanaan : Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)