SEMALAM, Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon telah mengadakan beberapa tinjauan dan melihat sendiri persiapan sekolah menjelang tarikh pembukaan 24 Jun ini.

Beliau turut sama melihat kreativiti guru dan pentadbir sekolah dalam penghasilan ’pensanitasi tangan automatik’ yang dihasilkan melalui bahan terpakai.

Pengurusan sekolah juga dilihat proaktif, telah bersedia dan melakukan proses mengikut Garis Panduan yang ditetapkan dengan menumpukan kepada penjarakan sosial dalam melaksanakan strategi bagi meningkatkan budaya normal baharu.

Tinjauan seawal 8 pagi itu dimulakan ke SMK Syeikh Abdul Ghani di Bidor, Perak sebelum menuju ke SJK(C) Chin Hua, Slim River, SJK(T) Slim River dan lawatan berakhir di SMJK Katholik, Tanjung Malim.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia