MENERIMA kunjungan rombongan pendidik daripada negara jiran merupakan satu peluang besar untuk memperkenalkan budaya dan adat resam tempatan kepada negara luar.

Justeru, biarpun ketika itu masih cuti sekolah, namun Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Serai, Perak, Fatimah Hadhim sanggup mengambil tanggungjawab menyantuni tetamu dari Indonesia itu dengan menjadi sekolahnya sebagai tuan rumah.

"Saya menerima amanat daripada Majlis Guru Besar (MGB) Perak untuk urus tetamu dan memandangkan ketika itu cuti persekolahan, tiada guru besar yang sanggup terima.

"Banyak juga persediaan yang perlu dibuat untuk menerima ketibaan 25 peserta lawatan SD Muhammadiyah 1 dan wakil pendidikan Majlis Dikdasmen Medan," katanya.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana mempunyai guru yang komited sanggup mengorbankan hari cuti dan masa bersama keluarga untuk menjayakan majlis itu.

"Sebenarnya, ini adalah lawatan balas daripada pihak SD Muhammadiyah terhadap kunjungan MGB Perak pada Febuari tahun lalu.

"Apabila MGB cadangkan SK Bagan Serai, saya tidak menolak kerana saya boleh ambil peluang untuk program jaringan pengantarabangsaan bila ada sekolah dari luar negara melawat kita," jelasnya.

Aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah persembahan tarian oleh murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), persembahan multimedia aktiviti dan pencapaian SK Bagan Serai serta tanda tangan sijil jaringan pengantarabangsaan.

Turut hadir pada majlis berkenaan Exco MGB Perak merangkap Yang Dipertua (YDP) MGB Kinta Selatan, Mohd Ridzuan Mohd Adnan dan YDP MGB Perak yang juga Guru Besar SK King Edward VII(1), Taiping, Abdull Aziz Ahamad.

Selain itu, 10 sekolah lain yang turut serta mengambil peluang menjalin,jaringan antarabangsa bersama SD Muhammadiyah 1 ialah SK Alor Pongsu, SK Sg Setar, SK Methodist, SK Jalan Baharu, SK Changkat Lobak, SK Kuala Kurau (Baru), SK Baru Parit Buntar, SK Matang Gerdu, SRA Ridhwaniah dan SK Titi Serong.

Guru Penolong Kanan 1, Hidayat Azimah Suhaimi sebagai mewakili guru besar menerima cenderahati daripada kepala Sekolah SD Muhammadiyah, Sarmin Tambunan.

Sesi bergambar di Dewan Cempaka SEBARA seusai Majlis Tandatangan Sijil Jaringan Pengantarabangsaan.

Lawatan MGB Perak ketika Program Pengantarabangsaan dan Lawatan Penandaarasan di Medan, Indonesia pada Februari tahun lalu.

Selain itu, ini senarai sekolah yang turut serta mengambil peluang menjalin jaringan antarabangsa bersama SD Muhammadiah 1 iaitu:

1. SK Alor Pongsu : GB Mohd Salji Yunus (Yg DiPertua MGB Kerian)

2. SK Sg Setar: GB Zainon Osman (Exco MGB Kerian)

3. SK METHODIST : GB Zaini Osman (Exco MGB Kerian)

4. SK JALAN BAHARU: GB Hasmah Sharif (Exco MGB Kerian)

5. SK Changkat Lobak: GB Jariah Zaini (Exco MGB Kerian)

6. SK Kuala Kurau (Baru): GB Mohd Jamil Jahaya (Naib Yg DiPertua MGB Kerian)

7. SK baru Parit Buntar : GBHassan Aghare  (Bendahari MGB Kerian)

8. SK MATANG GERDU: GB Norazani Mahamad (Pen Setiausaha MGB Kerian)

9. SRA RIDHWANIAH : GB Omar Abdullah (Exco MGB Kerian)

10.SK TITI SERONG : GB Mohd Zon Che Lah

Artikel lain:

Seronok rupanya kaedah ‘Flipped Classroom’ - Untung budak sekarang

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun 2020