BAGI menangani masalah disiplin dan ponteng sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Kenering, Hulu Perak, Perak meneruskan Program Jom ke Sekolah yang diadakan saban tahun dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Guru Penyelaras Tahun Enam, Ahmad Safarman Dollah, berkata, program tersebut memang terbukti berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah.

"Kehadiran murid Tahun Enam memang amat ditekankan memandangkan mereka akan berhadapan dengan peperiksaan penting iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam menentukan hala tuju dan peluang masuk ke sekolah berasrama penuh,” katanya selaku salah seorang AJK Pelaksana Program Jom ke Sekolah.

Sementara itu, Guru Besar, Hizral Farezan Haron berkata, program berkenaan dapat merapatkan hubungan antara pihak polis, ibu bapa, murid dan pihak sekolah dalam memastikan risiko salah laku semakin menurun dari hari ke hari.

Terdahulu, Program Jom ke Sekolah yang dianjurkan Unit Bimbingan dan Kaunseling turut dihadiri Koperal Rakmin Yusoff, dari Balai Polis Lawin.

Perasmian program tersebut turut diserikan dengan sesi watikah pelantikan Badan Pengawas dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Hizral Farezan berkata, pengawas dan pengawas PSS ialah tulang belakang guru dalam membentuk dan mendisiplinkan akhlak murid.

Cikgu Hizral Farezan (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Koperal Rakmin sempena Program Jom ke Sekolah di SK Kenering.

 Pengawas PSS membaca ikrar selepas menerima watikah pelantikan.

Cikgu Ahmad Safarman (tengah) bersama murid yang terlibat dalam Program Jom ke Sekolah.

Tip lain:

Ingat dan hafal sembilan haiwan pupus bagi subjek Sains - Penting untuk calon UPSR hadam

Teknik Plat Kenderaan Cikgu bantu murid kenal nombor dalam Bahasa Arab

'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan penting cikgu Matematik untuk calon UPSR

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam