“Saya bersyukur kerana dengan wujudnya Rumah Ngaji ini, secara tak langsung kita boleh pupuk hubungan manusia dengan al-Quran,” demikian kata pengetua Maahad Tahfiz Al Hikmah, Arau, Abdul Rahim Kamis, 27, selepas maahadnya terpilih sebagai Rumah Ngaji pertama di Perlis.