DI zaman persekolahan dulu, selalu jugalah aku dipanggil menghadap guru besar dan pengetua.

Sebut sahaja nama aku, semua orang dah kenal! Malah ada ibu bapa yang tak mahu anaknya berkawan dengan aku. Si pembuat onar haha!

Di Tahun Dua, aku dan beberapa orang ‘ahli pasukan’ kena rotan sedas di punggung kerana ‘berperang’ dengan kelas sebelah. Sampai ada yang berbintat di wajah akibat tepatnya tembakan lastik getah gelang dan peluru kertas aku.

Meraung budak tu!

Di Tahun Lima pula, aku ‘menjawab’ apa yang cikgu cakap. Sampai kecik hati beliau.. Tak pasal-pasal singgah penampar di pipi. Padanlah dengan muka..

Di Tahun Enam, dek kerana dengan sengaja mementis kaki sahabat aku yang sedang berlari dalam kelas dan menyebabkan beliau berdarah bibir.. Satu lagi sebatan aku terima dengan hati yang ikhlas.. Dah salah aku.. Terima sahajalah..

Di Tingkatan Satu juga begitu.. Maka keluarlah aku dari sekolah berasrama penuh.. Pening mak dan ayah memikirkan aku.

Di Tingkatan Dua, dah jadi pengawas juga aku boleh terfikir nak melanggar peraturan.. Orang jaga pagar, kau pergi sarapan pagi di warung depan. Manalah tak kena kan?

Ingatkan dah masuk Tingkatan Lima, bolehlah jadi pelajar contoh. Masih lagi kena panggil menghadap sebab dah nak dekat SPM pun aku masih sibuk ke sana ke sini. Masih main-main dengan cikgu-cikgu.

Mujurlah dapat keputusan cukup makan, dan layaklah melanjutkan pelajaran.

Dua bulan sahaja di Politeknik, sebelum entah macam mana.. Terbuka hati untuk terjun ke dunia pendidikan..

Di sinilah titik perubahan aku.. Apabila setiap teori dan pedagogi pendidikan aku boleh kaitkan dengan apa yang aku lalui sendiri semasa di sekolah.

Barulah rasa malu sendiri.. Dengan apa yang pernah aku buat.

Barulah terbit rasa bangga dengan apa yang pernah guru-guru aku buat dahulu.. Fuh!

Bagaimana sabar dan percayanya guru-guru aku dahulu dalam memanusiakan aku. Akademik datang kemudian, yang penting adab dan sahsiah mereka cuba perbetulkan dahulu.. Itulah yang mereka lakukan pada aku dan kesannya hingga kini..

Kalaulah aku dibiarkan hanyut, entah jenayah apalah yang aku dah buat.

Begitulah guru, tiada penat dan putus asanya pada kita,

Tidak tahu, diajar,

Tidak mengerti, dididik

Bila menyimpang, kita dibimbing.

Terima kasih cikgu!

Sumber: Facebook Firdauz Abdullah

- Beliau kini merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas

ARTIKEL MENARIK:

Walau terpaksa tahan sakit, ditahan lapan hari di wad… guru ini tetap tanda kertas

Belajar dengan ukulele, setiap murid Orang Asli Cikgu Sam ada tablet! - Kagum usaha guru Adiwira ini

Hujan lebat, guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan

'Hormati mak ayah, kawal nafsu, kejar syurga' - Siapa jadi pelajar Cikgu Ven pasti dapat nota ini

'Walau dikecam, ditohmah namun saya tetap bahagia dengan anak syurga', ini kata guru Pendidikan Khas