PERSEDIAAN UPSR (Matematik)

Oh ya, perkongsian ini khas untuk kalian yang ada anak yang akan menduduki UPSR. Pastikan anak-anak kalian bersedia dan ambil tahu akan beberapa perkara ini.

 

1. Tajuk Tahun 6.

Bagi subjek Matematik Tahun 6, ada 12 tajuk kesemuanya.

 

2. Tajuk Mudah.

Dalam 12 tajuk tersebut, ada beberapa tajuk yang satu hari belajar pun mereka boleh kuasai tajuk tersebut. Contohnya adalah tajuk koordinat dan kebolehjadian.

Tajuk-tajuk ini merupakan satu bonus kepada murid-murid. Kuasai yang ini, pasti peluang untuk lulus dalam Matematik itu ada.

Satu kelegaan juga buat calon UPSR 2019 kerana soalan koordinat ini tidak disoal pada tahun 2018. Keberangkalian soalan ini untuk keluar pada tahun hadapan adalah sangat besar!

 

3. Kuasai 4P.

a) Penukaran unit.

b) Pecahan

c) Perpuluhan

d) Peratus

4 kemahiran ini sangat banyak digunakan dalam Matematik. Jika anak kalian dapat menguasai keempat-empat kemahiran ini dengan baik, pasti anak kalian tidak akan ada masalah untuk peroleh sekurang-kurangnya gred C dalam UPSR.

 

4. Sifir.

Pastikan anak kalian kuasai sifir dengan baik. Boleh untuk bina sifir dan gunakan kaedah lain yang ada, tapi ia akan mengganggu fokus dan masa anak kalian semasa menjawab peperiksaan.

Banyak isu masa tak cukup yang disuarakan oleh calon. Jadi ini adalah satu cara untuk mengatasi masalah ini.

 

5. Kemahiran membina/mencipta.

Kemahiran membina adalah salah satu kemahiran yang akan diuji dalam UPSR. Melukis dan membina.

Contohnya murid perlu tahu membina graf palang dan membina jadual. Jadi, ambil tahu dari sekarang. Jangan tunggu lagi!

 

6. Operasi Asas.

Kuasai operasi asas dengan baik dan banyakkan latih tubi berbentuk operasi asas supaya isu kecuaian dapat dielakkan.

Orang putih kata, practise make perfect.

Oh ya, aku juga ada kongsikan latihan-latihan melibatkan operasi asas di wall aku. Kalian boleh download, print dan jadikan sebagai latihan buat anak kalian.

 

7. Membaca alat pengukur.

Kemahiran membaca alat pengukur seperti penimbang, pembaris dan bikar sangatlah penting.

Kemahiran ini juga diguna pakai bagi subjek Sains. Tapi yang peliknya, masih ramai murid-murid yang tidak kuasai kemahiran ini dengan baik.

Jadi, kalian boleh bantu anak-anak kalian untuk membaca dan mengukur sesuatu objek dengan menggunakan alat pengukur.

Ianya mudah sahaja.

 

8. Fakta dan rumus Matematik.

Dalam subjek Matematik ada fakta-fakta yang perlu anak kalian tahu. Wajib tahu!

Contohnya 1 minggu ada 7 hari. 1 hari bersamaan 24 jam. Ia adalah fakta yang tak boleh nak dielakkan.

Oh ya, segala rumus yang ada juga perlu dihafal. Rumus luas misalnya.

Luas bagi bentuk segi empat = panjang x lebar.

 

9. Teknik menjawab

Yang terakhir sudah semestinya mengenai teknik menjawab yang betul.

Dengan teknik menjawab yang betul, pasti anak kalian akan peroleh gred yang lebih baik.

‘Matematik adalah satu subjek yang mementingkan proses.’

...

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian dan anak-anak kalian untuk membuat persediaan sebelum menghadapi UPSR.

TQ!

Mohamad Hakim

Penceramah Teknik Menjawab Matematik UPSR.

 

Sumber: Facebook Mohamad Hakim
 

***Jika anda ingin menyumbangkan berita, tips atau artikel
berkaitan dunia persekolahan boleh emelkan kepada
[email protected]