MADRID - Hujan lebat yang melanda tenggara Sepanyol mengakibatkan banjir besar di wilayah  Valencia dan menyebabkan penutupan puluhan sekolah yang menjejaskan ratusan ribu pelajar.

Menurut pihak berkuasa tempatan, arahan telah dikeluarkan untuk menutup 84 sekolah di kawasan terjejas banjir sekali gus menjejaskan persekolahan lebih 250,000 pelajar.

Banjir turut melumpuhkan sistem pengangkutan awam dan mengakibatkan air Sungai Clariano melimpah dan menenggelamkan kediaman penduduk berhampiran.

Rakaman yang dikongsi perkhidmatan cuaca menunjukkan kenderaan dihanyutkan air deras di Moixent dan bandar Ontinyent yang bersempadan dengan Clariano turut dinaiki air.

Hujan lebat dijangka terus melanda selatan Valencia dan utara  Alicante hingga Jumaat ini. - AFP

Baca:

Bacaan IPU tidak sihat, JPNS arah tiga buah sekolah ditutup

'Banyak kali dia minta maaf, risau jika saya tak selesa' - Cikgu ini kongsi sikap bekas muridnya

Aktiviti 'tak sangka' murid Tahun Enam boleh buat selepas UPSR - Cikgu ini kongsi 15 aktiviti 'wow'

Sedap suaranya, syair Cikgu Azizah raih lebih 400,000 tontonan

'Balik oi balik...' - Aksi Che Tam hambar kerbau, curi perhatian