SHAH ALAM - Seramai lima pelajar  dan dua orang guru dari Jepun ini telah terpilih untuk mengikuti program pertukaran pelajar antarabangsa antara Nishiuru Kita Elementary School (NKES) dan SK Bandar Anggerik, Sekolah Kluster Kecemerlangan yang berlangsung selama 13 hari, bermula 29 Julai hingga 10 Ogos 2019 lalu.  

Program anjuran Tokoname City Students’ International Exchange (TSIE) ini bukanlah pertama kali dianjurkan, sebaliknya telah lama dilaksanakan di Shah Alam sejak 1997 lagi.

Program Tokoname City Students’ International Exchange (TSIE), yang diasaskan oleh Profesor Kamaruddin Kamsah ini,  mengkhususkan pertukaran pelajar  ‘City to City’ antara Bandar Shah Alam dengan Bandar Tokoname, Jepun.

Menurut  Guru Besar SK Bandar Anggerik, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Cikgu Sapiah Jaffar berkata,  selaku tuan rumah  merangkap Pengerusi Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa,  program tersebut secara tidak langsung dapat memperkasakan jaringan dan jalinan antarabangsa bagi setiap sekolah.

Cikgu Sapiah Jaffar yang bakal bersara penghujung tahun ini berkata, beliau berharap program tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang,  sebagai program dwi tahunan.

“Program ini telah mendapat persetujuan daripada ibu bapa angkat di sini. Kehadiran pelajar Jepun ini juga disambut baik, dan segala kos perbelanjaan ditanggung sendiri oleh ibu bapa angkat sepanjang tempoh mereka berada di Malaysia,”katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa, Guru Besar  SK Seafield 3, Subang Jaya, Cikgu Norkhaidzir Mohamad pula berkata, murid terlibat diberikan pendedahan berkaitan Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

STEM adalah satu program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Program tersebut diatur supaya dapat menarik minat murid terhadap STEM, bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(PPPM 2013-2025).

Selain aktiviti di dalam bilik darjah, peserta program juga turut dibawa melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Selangor. Antaranya, Rumah Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) di Putrajaya, dan juga sekolah orang asli, SK Judah(A) yang terletak di Kuala Langat.

Menerusi program tersebut, diharap dapat melahirkan murid yang bersikap berani, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi. Selain berpeluang menerapkan budaya positif masyarakat Jepun dalam amalan kehidupan seharian.

Peserta program bergambar di Laman Anggerik bersama  Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Idris Hussin, Ketua Panitia Sains, Cikgu Hasniza Mustaffa,  dan Setiausaha Panitia Sains Cikgu Azizah Abdul Rahman (kiri) selepas selesai program pengajaran & pembelajaran Sains.

Murid-murid TSIE sedang menanam anak pokok sebagai simbolik untuk mencintai alam sekitar, di bawah bimbingan Ketua Panatia Sains, Cikgu Hasniza Mustaffa.

Bergambar kenangan selepas menyiapkan tiga eksperimen, membuat 'giant balloon' , ais krim Malaysia dan menanam anak pokok.

Puteri Naylisha Sofiea Hamzaki bersama Yan Anzi sedang menggunting kepingan bentuk untuk dijadikan TANGRAM.

Dari kiri, Koga Hisada, Anzi Yan, Kota Tateshi, Tomotaka Tamura, Kazuki Shimizu dan Guru Penolong Kanan Petang, Cikgu Bazlina Sapar Ali, merangkap Koordinator Sekolah.

Tip Menarik:

10 manfaat belajar awal pagi cara Cikgu Shahrul...penting untuk calon UPSR amal

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

Hafal fakta 'buruj' Sains (Kertas 2) UPSR - 11 nota mudah dan contoh soalan untuk calon ulang kaji

Teknik GPS cara Cikgu Shahrul...calon pasti dapat jawab dengan mudah Sains (Kertas 1) UPSR

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam