SHAH ALAM - Bengkel kecantikan REVEAL YOUR BEAUTY Nurish Organic X Cikguku Cantik GPS Bestari telah berlangsung semalam di Positano Risto, Publika, Kuala Lumpur.

Semua peserta bengkel kecantikan tersebut sangat teruja kerana turut mendapat sumbangan daripada syarikat e-dagang, Shopee.

Guru SJKT Effinggam, Shoba Anpazagan menerima hadiah kategori 'Fabulous Dress' semalam.

Guru Kimia SMK Seksyen 18, Khalilah Mohd Haidzir memenangi cabutan bertuah.

Guru SMK Seksyen 24 (2) Hafezah Shafie (paling kanan) dan rakannya, Cikgu Noor Ishraini Md Jahan (dua kanan) menerima hadiah bagi kategori 'Hijab Tutorial'.

 

Sementara itu, kami mendapat banyak reaksi positif dari peserta bengkel tersebut antaranya.


“Saya sangat teruja dan gembira kerana dijemput hadir dalam majlis ini, saya mendapat banyak manfaat dan bermacam-macam hadiah daripada Shopee, Adabi dan juga produk Nurish. Saya amat seronok datang sini.”

Khalillah Mohd Haidzir
SMK Seksyen 18, Shah Alam


“Saya sangat gembira kerana mendapat hadiah banyak dan dapat memenangi cabutan bertuah sekaligus menang dalam sesi permainan, saya juga mendapat beberapa pengetahuan ringkas yang boleh saya ikuti terutama dalam mengayakan tudung bawal, walaupun tudung biasa sahaja tetapi kita boleh mengayakannya sendiri. Selain itu, saya juga memang minat dalam bidang solekan, jadi hari ini saya seronok kerana dapat tambahan ilmu penjagaan  kecantikan.”

Hafezah Shafie
SMK Seksyen 16, Shah Alam

“Pertama sekali saya berterima kasih kepada GPS Bestari kerana memberi peluang dan ruang menjemput kami guru-guru untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan penjagaan kecantikan seorang wanita. Selain itu, saya rasa paling seronok sekali apabila mendapat pelbagai hadiah menarik.”

Nurhafiza Muhamad Husin
SMK Seksyen 16, Shah Alam

Artikel Menarik:

‘Sedapnya cikgu, tak pernah saya makan ni di kampung,’ - Cikgu sebak, anak murid teruja makan McD

Hebat betul cikgu ni, hasil mekapnya bagaikan jurumekap kesan khas profesional

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

'Mak, lepas balik New Zealand ni ingat nak duduk rumah baru' - Kata terakhir Cikgu Anita buat ibu