Bagi mencari dana untuk program kecemerlangan dan pembangunan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Harun, Tanjong Karang, Selangor menganjurkan larian ‘Tanjong Karang 7KM Run’ pada 29 Februari lalu.

Dr Johan Kamal (tiga dari kiri), Pengetua, Iskandar Muriani ( tengah) bersama masyarakat Kampung Sungai Kajang Baru di stesen air laluan peserta ‘Tanjong Karang 7KM Run’.

Program yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Sukarelawan VKL17 Malaysia dirasmikan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon.

Pengetua SMK Dato Harun, Iskandar Muriani, berkata, program itu mendapat tajaan daripada pelbagai agensi, termasuk Kementerian Belia dan Sukan Cawangan Kuala Selangor, Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor, Akademi Harimau Asia, Kelab Bola Sepak Harunian, VKL17 Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Pejabat Daerah Kuala Selangor, Balai Polis Tanjong Karang dan Kuala Selangor, Jabatan Kerja Raya, Super Lutti, Milo dan Khind.

"Program ini dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat selain mengumpul dana sekolah bagi tujuan baik pulih insfrastruktur yang agak uzur dan juga menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan komuniti.

“Saya sangat bersetuju sekiranya acara ini dapat diteruskan pada masa akan datang sama ada dijadikan sebagai acara tahunan ataupun berkala,” katanya kepada GPS Bestari.

Antara peserta yang menyertai ‘Tanjong Karang 7KM Run’.

Kata Cikgu Iskandar, dana yang dikumpul turut digunakan untuk bagi menaik taraf kemudahan bilik guru sekolah dan alat penghawa dingin bagi membina kejayaan sekolah selaras dengan objektif Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) selain mengisi dana tabung PIBG sekolah.

Seramai 1,500 peserta dari seluruh negara menyertai ‘Tanjong Karang 7KM Run’ yang bermula pada jam 7.15 pagi dan berakhir jam 10 pagi.

Artikel Menarik:

'Kerana sering gatal kepala, Cikgu Aisham nekad kutip kutu murid. Buang tepi jijik, kotor, geli'

'Cutipun murid datang sekolah' - Rimba Kecil berjaya selesaikan masalah kehadiran SK Sayong Pinang

'Tak sangka dia boleh lukis macam ni' - Guru Bahasa Melayu terkejut tengok buku karangan pelajar

Patutlah hari persaraan dapat hadiah jongkong emas, bukan 'kaleng-kaleng' cikgu sukan ini

'Saya tak pernah makan ayam sesedap ini, cikgu' - Tangisan pelajar B40 buat ramai sedih