Tiada yang lebih membahagiakan selain rasa dihargai dan disayangi oleh orang sekeliling, terutamanya isteri dan seluruh ahli keluarga.

Bagi Guru dari  SMK Seksyen 16 Shah Alam, Cikgu Mohamad Khamidon Sadi, dikejutkan dengan sambutan hari lahir  oleh isteri dan anak-anak merupakan detik paling indah dalam hidupnya.

Biarpun tidak dapat meraikannya di luar, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dan Covid-19 yang melanda negara. Namun guru  berusia 51 tahun ini tetap berasa gembira dan terharu, apatah lagi kegembiraannya pada tanggal 11 April itu turut diraikan oleh semua pelajarnya.

“Ini yang membuatkan saya terharu… tak sangka mereka ingat hari lahir saya… Apatah lagi ketika kita semua melalui PKP ni. Lebih mengejutkan apabila mereka datang hantar pelbagai jenis kek hari lahir untuk saya di rumah,”  

Ikuti luahan hatinya..

11 APRIL satu tarikh keramat buat diriku. Tarikh di mana aku dilahirkan ke dunia ini.

Hari yang penuh makna, aku menginjak usia meniti hari tua. Namun, jiwa dan tenaga ku sentiasa aku kerah agar tidak akan tewas dengan usiaku yang menginjak 51 tahun pada tanggal 11 APRIL 2020.

Sepanjang aku bergelar sebagai seorang guru selama hampir 28 tahun, hari keramatku itu tidak pernah sunyi dari bunyi riuh anak anak didikku menyambut dengan penuh riang gembira, penuh ceria apatah lagi kejutan demi kejutan yang tidak pernah sama sekali aku jangka.

Malah ada ketikanya sambutan hari lahirku diraikan hingga 7 hari lamanya. Hahahaha suatu yang lucu tapi itulah realitinya. Bermula dari anak dan isteriku, kemudian ahli keluargaku di kampong, anak anak muridku setiap kelas yang ku ajar mereka, malah dari bekas bekas anak muridku juga.

Kek, jamuan serta hidangan, jangan ceritalah. Sampai tak muat peti ais rumah untuk menyimpannya. Hadiah, Allahuakbar, tak pernah ku minta, tapi sering membuat aku gembira. Sesungguhnya, tika itu, aku rasa diriku ini amat berharga.

Namun pada tanggal 11 APRIL 2020, ianya cukup berbeza. Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Covid19, aku tidak mengharapkan apa apa.

Kerana aku tahu, mereka tidak mahu dianggap derhaka untuk mengingkari arahan kerajaan kita. Aku pasrah. Tiada sambutan, tiada gelak ketawa tiada kejutan datang mendamba. Aku reda ya aku terima seadanya.

Tapi, segala jangkaan aku salah. Seperti biasa, seawal pagi aku harus ke  pasar basah. Niatku, hari ini hari istimewaku. Aku ingin masak lauk kegemaranku, untuk menggembirakan hatiku. Dari awal pagi hampir ke tengahari..fuhh lama. Ye memang lama sebab harus beratur panjanng untuk membeli juadah yang aku impikan.

Sesampai di rumah aku seperti biasa membuka pintu rumah yang sepi tanpa bicara. Nah, segalanya tidak pernah terduga. Isteri dan anak anakku sudah tersedia di ruang tamu dengan kelengkapan sambutan hari lahirku. Belon, kek, hidangan juadah yang tidak ku jangka. Semua ada di depan mata.

“ happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to ayah, happy birthday to you”. Allah lagu dinyanyikan beramai ramai tatkala aku masih lagi terpinga pinga.

Nah kedengaran suara anak anak muridku juga. Meriahhh. Mereka turut sama sama menyanyikannya. Ehhh diorg datang rumah ke tapi napa tiada kelibat mereka hahahahha.

Aduiii aku terkena lagi kali ini namun dalam situasi yang cukup berbeza. Masing masing menyambutnya di rumah mereka. Teknologi ada di depan mata. Video call, google meet semua digunakan sebaiknya.

Kelihatan wajah riang anak anak didikku dalam phone, komputerku. Rupanya ahli keluargaku telah “berpakat” dan merancang dengan sebaiknya.

Patutla beria ia mereka suruh aku ke pasar pagi tadi. Atas alasan, ayah kena masak sedap hari ni. Allah. Aku terkena lagi. Airmata tanpa ku sedar telah mengalir di pipi. Terima kasih sayang dan cinta hati. Akan ku kenang dan semat di dalam lubuk hati ini. Jelas PKP memberi satu yang cukup bererti, kasih sayang antara kami tiada galang ganti. Terima kasih semua.

Artikel menarik:

'Fun Learning' bantu golongan istimewa belajar elak jemu, bosan dan penat murid

Guru pendidikan khas kongsi tip tarik minat murid berkeperluan khas belajar secara online

Projek STEM 3 guru bahasa Inggeris ini menang pertandingan antarabangsa bawa pulang geran RM45,000

JAIS guna kaedah penilaian dan pentaksiran berasas sekolah ganti peperiksaan batal