SEMALAM kerajaan negara kita telah isytihar Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 hingga 31 Mac untuk mencegah penularan baharu wabak COVID-19.

Ramai yang menarik nafas lega kerana boleh uruskan pergerakan orang-orang tersayang, anak-anak terutamanya pada musim penyakit merbahaya ini.

Namun lain pula yang terjadi kepada guru persis Korea ini yang juga guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Gombak, Mohd Fadli Salleh.

Dah kalah Menteri Penerangan katanya, mari kita tengok perkongsiannya.

+++

Menteri Penerangan pun kalah dengan aku ni. Macam-macam orang pakat dok tanya. Sampai pening nak jawabnya.

"Nikah kat rumah imam ke, kena jemput imam datang rumah? Kan masjid tutup?"

"Kedai basikal buka? Kedai motor? Kedai repair aircond? Kedai jual dedak lembu?"

"Pasar malam buka ke tutup? Bawah pasar awam ke tidak? Gerai jual nasi lemak boleh buka? Ala, bawah pokok 2 jam je setiap hari."

"FoodPanda, GrabFood boleh jalan? Kalau buat makanan dari rumah hantar pakai motor boleh?"

"Kami kerja bank. Kami kerja hospital. Kami kerja Airport. Tempat kerja kami tak tutup, tapi taska tutup. Macamana tu?"

"Sekolah tutup. Kami kerja cleaner kena kerja ke tak? Dalam pengumuman PM, 'pembersihan' kena kerja. Kerja kami bersihkan sampah budak-budak je. Budak-budak pun tiada, sampah pun tiada. Cuti ke kerja cikgu?"

"Saya bawa Grab. Boleh bawa ke? Saya bawa bas kilang beras. Kilang beras tak tutup. Bawa bas tu ramai orang. Kerajaan marah kumpul ramai-ramai. Dah tu deme tu nak kena naik basikal pergi kerja?"

"Balik kampung boleh ke tak ni cikgu? Ada yang kata tak boleh, ada yang kata boleh."

Okey kawan-kawan. Aku bukan Perdana Menteri. Aku juga bukan Menteri Penerangan. Jika ada soalan, tunggu jam 12 tengahari nanti (17 Mac, Selasa), tanya sendiri di talian ini.

Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, boleh menghubungi:

Pusat Pengurusan Operasi Negara

Talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok. (17 Mac 2020).

Okey, aku nak tidur dulu. Apa-apa soalan, simpan dan tanya kat nombor di atas ya. Terima kasih.

Sumber: FB Cikgu Mohd Fadli Salleh

 

 

 

+++

INFO:

Cikgu Mohd Fadli juga merupakan seorang guru yang aktif menjalankan kerja-kerja sosial membantu murid miskin, asnaf dan keluarga/orang kurang berkemampuan menerusi Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian di:

No acc : 564221646925

Bank : Maybank.

Nama : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Artikel lain:

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Guru ini perkenal teknik ‘ulat beluncas hijau’ bantu murid menulis karangan dengan baik

Jadilah ketua yang disukai, guru ini ada tipnya

Pengetua SMKA Naim Lilbanat kongsi tip lonjak keputusan SPM 2019 - Boleh jadi panduan sekolah lain