Seramai 320 Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari 28 sekolah di Daerah Hulu Perak menyertai Perkhemahan Perdana KRS/ TKRS Daerah Hulu Perak 2020, 28 Februari lalu.

Program selama tiga hari itu julung kali menggabungkan KRS dan TKRS dalam satu program dan diadakan di Sekolah Menengah (SM) Sultan Idris Shah 11, Gerik, Perak.

Peserta menjalani aktiviti kawad kaki dan kecergasan

Pegawai Teknikal (PT) TKRS merangkap Komandan Kem, Mohd Khairul Ikhwan Jamri, berkata, perkhemahan yang turut disertai 60 guru pengiring tersebut bertujuan memberikan pendedahan yang lebih luas kepada pelajar tentang aktiviti perkhemahan.

“Program ini memberi pendedahan mengenai kepelbagaian kegiatan dalam KRS dan TKRS selain melahirkan generasi muda yang berilmu dan berketrampilan.

"Perkhemahan Perdana KRS/ TKRS Daerah Hulu Perak 2020 juga diharap dapat memupuk semangat patriotik, berdaya saing, berdikari, setiakawan dan bekerjasama dalam kalangan pelajar," katanya.

Mohd Khairul (duduk, tengah) bersama pembantu jurulatih yang merupakan bekas Kadet KRS

Menurut beliau, aktiviti itu dapat meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang selain melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Beliau yang juga guru Matematik dan Reka Bentuk Teknologi Sekolah Kebangsaan (SK) Plang, Gerik, Perak itu menjelaskan perkhemahan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Perak dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II, Gerik dirasmikan oleh Pegawai PPD Hulu Perak, Azurawati Bahari.

Mohd Khairul, beliau melihat peserta sangat teruja dan gembira apabila dapat memberikan persembahan kawad kaki yang terbaik setelah memalui aktiviti pertama dalam pengisian program berkenaan.

Mohd Khairul ( kanan) bersama peserta program perkhemahan

“Selain kawad kaki, peserta turut diajar aspek pengurusan diri, solat berjemaah, tazkirah ringkas, sesi suai kenal, kuiz, kebudayaan dan banyak lagi.

“Setiap aktiviti yang dijalankan itu mempunyai objektif tersendiri kerana peserta terdiri daripada pelbagai kaum, antaranya menggalakkan intergrasi nasional, menghormati dan juga memahami kebudayaan serta kepercayaan (agama) yang pelbagai,” katanya.

Pembahagian kumpulan dipecahkan kepada bebeberapa kumpulan. Kumpulan KRS dipecahkan kepada lapan kumpulan, manakala TKRS pula dipecahkan kepada 16 kumpulan.

Peserta kem merasai pengalaman memancing ikan keli

Setiap kumpulan itu terdiri daripada pelbagai kaum, ia bertujuan untuk merapatkan hubungan dan memupuk perpaduan antara satu sama lain.

“Pada hari kedua bermulalah sesi orientasi, antara aktiviti yang dijalankan ialah ikatan, gajet, ikhtiar hidup, kawad kaki, dan bantu mula yang diketuai jurulatih yang bertauliah.

“Ternyata aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan dapat menarik minat semua peserta, terutamanya aktiviti ikhtiar hidup.

"Semua peserta akan merasai pengalaman memancing ikan keli; membersihkan; menyiang dan memasak secara berkumpulan dengan bantuan jurulatih serta guru pengiring,” katanya.

Antara peserta yang turut serta dalam perkhemahan

Setiap peserta mnerima sijil pentauliahan sebagai menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang tiga hari perkhemahan.

Reaksi

“Saya rasa sangat seronok kerana banyak aktiviti dilakukan sepanjang perkhemahan, rasa belum puas dan 'best' sangat!”- Muhammad Adam Mohammat Raddi, Tahun Lima, SK Sri Adika Raja

“Pengalaman mengail; menangkap; menyiang dan menggoreng ikan keli semasa modul ikhtiar hidup sangat seronok. Rasa nikmat sangat sebab usaha sendiri.”- Muhammad Akif Hafizi Alafis, Tahun Enam, SK Sri Adika Raja

Senarai sekolah yang menyertai Perkhemahan Perdana KRS/ TKRS Daerah Hulu Perak 2020

1. SMK Gerik

2. SMK Pengkalan Hulu

3. SABK Tan Sri Ghazali Jawi

4. SMK Dato Seri Wan Mohamed

5. SMK Tun Saban

6. SMK Sultan Idris Shah II

7. SMK Batu 4

8. SMK Dato Ahmad

9. SMK Kenering

10. SMK Sultan Azlan Shah

11. SMK Tan Sri Abdul Aziz

12. SMK Seri Budiman

13. SK RPS Banun ( Men)

14. SK Kenering

15. SK Tasek

16. SK Kerunai

17. SK Bukit Sapi

18. SK Tan Sri Ghazali Jawi

19. SK Mahkota Sari

20. SK Basia Lama

21. SK RPS Banun

22. SK Sri Adika Raja

23. SK Kroh

24. SK Kuak Luar

25. SK Lenggong

26. SK Bekuai

27. SJKC Ayer Kala

28. SJKT Gerik

Artikel Menarik:

Cikgu ini beri pesanan kepada ibu bapa murid sekolah sesi petang

'Saya terima amanah dengan penuh keinsafan, berilah saya ruang lakukan terbaik' - Dr Mohd Radzi

 

Tip Lain:

Guru Cemerlang Tahfiz kongsi kaedah DTHT untuk hafaz al-Quran dengan mudah

Teknik Putaran Waktu bantu murid memahami kepentingan ‘masa’ - Ustaz Quszaini

Skor A semua subjek UPSR daripada sekarang - Cikgu Ahmad Safarman kongsi enam tip mudah

Hafal formula 'Memori Mengarang', murid pasti skor Bahasa Melayu UPSR