KUANTAN - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan akan membantu menguruskan tuntutan insurans dua beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sungai Isap 2 di sini, semalam.

Pegawai PPD Kuantan Mohd Razali Mustafa berkata mangsa Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11, dan adiknya Muhammad Adam Daniel Hairol, 7, merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah di sini.

"Kementerian Pendidikan ada menyediakan perlindungan insurans kepada setiap pelajar sekolah bagi membantu urusan yang berkaitan dengan kemalangan.

"Jadi, kami akan menguruskan tuntutan insurans mangsa selain berhubung dengan waris bagi membantu keperluan yang boleh diberikan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Razali berkata mereka juga akan berjumpa dengan kakak sulung mangsa yang berusia 15 tahun, jika dia berminat untuk ke sekolah memandangkan dia berhenti sekolah tahun lalu akibat kemiskinan.

"Kakak mangsa memberitahu dia berkemungkinan akan ke Perak untuk tinggal bersama neneknya di sana, jadi kami akan cuba mendapatkan penempatan sekolah di sana," katanya.

Pada kejadian 7.45 pagi semalam, Muhammad Haikal Hakimi dan Muhammad Adam Daniel maut bersama ibu mereka Sharifah Azlina Syed Kassim, 37, dalam kebakaran yang keseluruhannya memusnahkan empat unit rumah. - Bernama

[ARTIKEL BERKAITAN : Murid Tahun Lima, adik Tahun Satu serta ibu rentung dalam kebakaran empat rumah semalam]

Artikel Menarik:

Guru SK Taman Cuepacs cipta kelainan, kumpul token dapat hadiah

'Arwah ibu mahu saya jadi contoh pada adik-adik' - Calon PT3 semangat belajar walaupun berbaring

'Pengetua gendong pelajar sakit ke klinik kesihatan' - Cara Cikgu Yok Huck buat ramai netizen sebak