GERIK - Pelbagai program menarik disediakan Sekolah Kebangsaan (SK) Kenering sepanjang bulan Ramadan ini.

Antara yang dirancang adalah Kalimatus Sobah, Tadarus Al-Quran, Kuiz Ramadan, Pertandingan Azan dan Mewarna Poster.

Turut diadakan aktiviti Tulisan Khat, Hafalan al-Quran, Buletin Ramadan, Oh! My Solat dan Infaq Ramadan.

Setiausaha Program Ihya Ramadan 2021/1442H, Ustaz Muhammad Abu Bakar berkata, SK Kenering sememangnya sentiasa menganjurkan program Ramadan pada setiap tahun.

"Kita merangka aktiviti sebegini untuk menghidupkan bulan Ramadan.

"Akan ada program baru setiap tahun dan kita berharap, tahun ini semuanya akan berjalan dengan lancar," katanya kepada GPS Bestari.

Terdahulu, pelancaran Program Ihya Ramadan 2021/1442H berlangsung 14 April lalu di Bilik Mesyuarat sekolah.

Program yang bermula jam 7.30 pagi itu di rasmikan Penolong Kanan Pentadbiran, Rosmawati Ibrahim.

Turut serta pada pelancaran itu ialah barisan guru-guru dan juga murid SK Kenering.

Artikel menarik

UMK temui batuan bernilai tinggi melalui program International Geomapping Jeli 2021   

Cantik dan menenangkan, wajah baru perpustakaan SMK Air Tawar tarik perhatian warga maya