SERAMAI 21 pelajar SMK Taman Desa 2, Bandar Country Homes, Rawang mengikuti program Pengantarabangsaan Bahasa Arab, Kelas Aliran Agama ke Maahad Insan Qurani, Banda Aceh, Indonesia baru-baru ini.

Program yang turut disertai oleh enam guru pengiring sekolah itu adalah bertujuan untuk  menambahkan keyakinan dan meningkatkan penguasaan bertutur Bahasa Arab dalam kalangan pelajar, selain menjalinkan kerjasama erat dengan Dayah Insan Qurani, Banda Aceh.

Program lawatan selama tujuh hari bermula 22 Mac lalu itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat, antaranya lawatan ke masjid tertua di Aceh, dan juga melihat beberapa kesan tsunami 2004 di sekitar Banda Aceh. 

Lawatan melihat kesan tsunami 2004

Lawatan ke masjid tertua di Aceh yang berusia 400 tahun