PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan bahawa tiada keperluan bagi calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 menduduki semula peperiksaan itu.

Ini adalah kerana pengendalian PT3 adalah sama seperti peperiksaan akhir tahun sekolah dengan menggunakan kertas soalan setara standardnya, kata kementerian itu dalam kenyataan, Jumaat lalu.

Menurut KPM, PT3 merupakan Pentaksiran Pusat (PP) dalam Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS) dan ia ditadbir oleh sekolah berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara yang disediakan Lembaga Peperiksaan (LP).

PT3 merupakan komponen akademik dalam PBS pada peringkat menengah rendah yang dilaksanakan secara perkongsian akauntabiliti antara LP dan pihak sekolah, menurut kementerian itu.

"Dalam hal ini, KPM memberi jaminan akan sentiasa komited dalam memastikan keadilan kepada calon, kesahan dan kesahihan keputusan PT3 yang akan dijalankan mengikut kaedah dan prosedur standard yang diguna pakai oleh badan pentaksiran dunia," katanya.

KPM berkata PT3 akan dilaksanakan seperti yang dijadualkan iaitu untuk mata pelajaran Sains, Pendidikan Islam dan Al-Syariah pada 7 Oktober, Sejarah, Maharatal-Quran Kertas 1 dan Usulal-Din (8 Oktober) manakala kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 pada 9 Oktober.

"KPM memohon  orang ramai memberi peluang kepada calon untuk menduduki PT3 dengan tenang tanpa menimbulkan sebarang isu yang akan merisaukan para ibu bapa dan memberikan tekanan kepada calon,” jelas kementerian itu. - Bernama

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu kertas PT3 bocor... ibu bapa dan pelajar perlu bertenang]

Artikel menarik:

Kerana longkang pra sekolah tersumbat, guru besar sanggup 'buat ini' - Ramai yang terkejut!

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Cikgu ini sebak terima sebatang lidi sate pemberian anak murid, rupa-rupanya...

‘Andai ada yang bertanya, tak nak ke tukar ke arus perdana...maaf, kami bahagia bersama anak syurga'

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma