Bayan Lepas - Sorang guru, Rodiah Halim, 34, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 400 kilometer dari Seremban, Negeri Sembilan ke Pulau Pinang untuk menghadiri Festival Guru Malaysia (FGM) 2019 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Spice Bayan Lepas.

Rodiah menghadiri program yang julung-julung kali diadakan sempena Sambutan Hari Guru itu bersama suaminya, Mohd Faisal Mohd. Najib, 38, serta anak mereka berusia 10 bulan.

Ternyata perjalanan jauh guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Haji Mohd. Redza, Seremban itu berbaloi apabila beliau turut menerima insentif pendidikan sebanyak RM1,000 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

“Sebagai guru, saya cukup bangga dapat menyertai festival yang diadakan khusus untuk menghargai guru-guru. Perjalanan jauh saya seolah-olah tidak terasa selepas menjejak kaki ke sini.

“Festival ini, perlu dijadikan sebagai acara tahunan dan diperluaskan ke negeri-negeri dan diadakan secara serentak pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, penganjuran FGM 2019 yang memasuki hari ketiga itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran ramai pengunjung.

Katanya, kepercayaan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan merupakan satu penghormatan kepada YGMB untuk menjayakan festival ini sekali gus menjadi permulaan terbaik untuk menjenamakan FGM sebagai acara tahunan yang berprestij.

“Penganjuran festival ini menambahkan lagi kemeriahan Sambutan Hari Guru melalui pelbagai pameran khususnya yang berkaitan dunia pendidikan, ia juga menjadi platform terbaik untuk dimanfaatkan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru melalui pelbagai anugerah.

“Terdapat 88 gerai pameran disediakan sepanjang lima hari festival berlangsung dan ia dibuka kepada orang ramai bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, selain itu festival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk untuk kanak-kanak,” katanya.

Artikel menaik:

'Tak sangka cikgu masih tunggu aku... ALLAH' - 'Ustaz Hamadi' sebak jumpa guru Muziknya di sekolah

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

Persembahan memukau Cikgu Donze hingga muncul Johan Kategori Nyanyian Solo

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya

'Hilang mak, ayah dan adik sekelip mata, ini luahan rinsu Cikgu Norashikin terhadap insan tersayang