BAYAN LEPAS - Seramai lapan ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang berdepan masalah kesihatan masing-masing menerima sumbangan RM3,000 daripada yayasan berkenaan bersempena Festival Guru Malaysia (FGM) 2019.

Majlis penyerahan sumbangan itu diadakan dalam majlis berbuka puasa YGMB di sini semalam, ianya disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin yang mewakili Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Antara masalah kesihatan yang dialami oleh guru-guru tersebut termasuk lumpuh separuh badan, pertuturan kurang jelas, diabetes, mata kabur, barah usus, radang sendi, pendarahan otak, kanser hidung, polio dan kanser payudara.

Seorang penerima, Azhari  Ahmad yang mengalami lumpuh separuh badan ketika ditemui pemberita berkata, dia menjadi ahli YGMB sejak 2008 dan sepanjang itu, yayasan berkenaan banyak memberi sokongan dan juga dorongan.

“Saya alami lumpuh separuh badan termasuk bahagian kaki dan tangan sejak setahun lalu. Sepanjang tempoh itu saya tidak bercuti dan terus menabur bakti untuk mendidik anak bangsa sehingga Berjaya.

“Saya nasihatkan agar guru-guru yang masih belum menjadi ahli YGMB agar segera berbuat demikian kerana banyak manfaat yang menanti anda. Dengan menjadi ahli kita juga dapat belajar untuk berpesatuan,” katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi YGMB, Aminudin Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat. Sumbangan wang tunai itu merupakan hasil sumbangan daripada rakan strategik YGMB, Frogasia YTL Group.

Artikel menaik:

'Tak sangka cikgu masih tunggu aku... ALLAH' - 'Ustaz Hamadi' sebak jumpa guru Muziknya di sekolah

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

Persembahan memukau Cikgu Donze hingga muncul Johan Kategori Nyanyian Solo

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya

'Hilang mak, ayah dan adik sekelip mata, ini luahan rinsu Cikgu Norashikin terhadap insan tersayang