Bayan Lepas - Beg kembara percuma, wang saku RM300 dan hadiah misteri menanti warga Kementerian Pelajaran (KPM) yang mendaftar dengan YGMB Travel & Tours Sdn. Bhd. untuk menunaikan umrah dan melancong.

Keistimewaan itu boleh didapati di gerai YGMB Tours.

Tawaran istimewa melalui program kembara 12 hari dengan kerjasama daripada syarikat tempatan, Glocal Travel dan WSF Travel itu, menawarkan penerbangan ke lebih 10 destinasi termasuk Makkah, Madinah, Korea, Indonesia, Vietnam, Thailand, China, Australia serta Jepun.

Pengurus Besar Glocal Travel, Ezuan Azizi Md. Arith berkata, warga KPM hanya perlu membayar RM50 sekiranya mendaftar di gerai pempamer mereka di festival berkenaan.

“Biasanya kami kenakan deposit RM500 tetapi sempena festival ini kita perlukan RM50 sahaja. Bakinya perlu dijelaskan sebelum musim haji dan 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Untuk ahli YGMB, kita akan beri wang saku RM300 yang akan diserahkan di Tanah Suci,” katanya.

Tambahnya, jemaah umrah akan menerima dua beg pakaian beroda, satu beg selimpang dan satu beg galas kecil sebagai nilai tambah.

Pakej umrah bermula pada harga RM5,990, penerbangan pertama pada Oktober tahun ini diikuti November dan Disember.

Orang ramai boleh terbang pada Januari, Februari, Mac dan April tahun depan.

Bagi pakej pelancongan, mereka menawarkan harga dari RM750 hingga RM5,990 mengikut destinasi dan tempoh perjalanan. Kunjungi gerai pempamer itu atau hubungi YGMB Travel & Tours Sdn. Bhd. di talian 03-4106 6588/03-4105 8650 atau emel ke [email protected]

Artikel menarik:

Dia bukan pelajar contoh sekolah, nak satung uniform pengawas pun jauh sekali tapi kini...

Tahniah... 25 terimaAnugerah Guru Inspirasi Mc Donald's 2019

'Ubah panggil abah... makin rapat. Orang kampung pun panggil abah juga' - Guru Besar SK Jernang

Murid gembira dapat jumpa Upin Ipin pada Festival Guru Malaysia 2019

Angkasa serah lima unit komputer kepada SMK Kelana Jaya