BUTTERWORTH - Kerajaan Pulau Pinang berharap tiada pelajar akan ketinggalan dalam pelajaran dengan menyediakan sambungan internet yang stabil untuk semua.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, kerajaan Pulau Pinang telah memberi penekanan terhadap usaha menyediakan akses sambungan internet untuk pelajar yang kurang berkemampuan sehingga mereka dapat mengikuti pembelajaran melalui kelas dalam talian.

"Kita ada Zairil Khir Johari (Infrastruktur dan Pengangkutan) dan Jagdeep Singh Deo (Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa) di bawah portfolio mereka dan dengan gabungan usaha mereka, kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kita mempunyai sambungan internet di seluruh negeri," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Phee menyerahkan 30 tablet yang ditaja oleh Persatuan Ugama Buddha Butterworth kepada wakil enam sekolah rendah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Chung Hwa Pusat Butterworth, SJK (C) Chung Hwa 2, SJK (C) Mak Mandin Butterworth, SJK (C) Kwang Hwa, SJK (C) Li Hwa and SJK (C) Chung Hwa Cawangan 1 di Bagan, dalam usaha membantu pelajar yang kurang berkemampuan mengikuti pelajaran dalam talian semasa penularan pandemik Covid-19 – BERNAMA

Artikel menarik

Cikgu Aben sanggup belajar bahasa Dusun kerana ingin dekati murid. Kagum dan salute!

Cikgu Korea kongsi tujuh pesanan ringkas, mudahnya mendirikan solat. Anak-anak mesti suka