PASIR GUDANG - Punca sebenar yang menyebabkan pelajar, guru dan orang awam mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas masih menjadi misteri walaupun insiden pencemaran udara itu melanda Pasir Gudang sejak 20 Jun lalu.

Exco Kesihatan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar menjelaskan, pihaknya masih mencari punca yang menyebabkan insiden itu berlaku.

Artikel berkaitan: TPM umum tiada keperluan tutup sekolah di Pasir Gudang buat masa ini, bergantung maklumat JAS

Menurutnya, semalam sekumpulan petugas pelbagai agensi digerakkan secara serentak ke 85 sekolah sekitar Pasir Gudang untuk merekodkan kualiti udara dari tingkat paling atas.

“Hari ini (semalam) kita nak lihat sendiri bacaan sebenar sehingga jam 1 petang di 85 sekolah di Pasir Gudang,” katanya pada sidang media di Menara Aqabah di sini semalam.

Bee Yin

Hadir sama Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Ketika ditanya tentang punca insiden tersebut yang masih gagal dikenal pasti selepas 11 hari sejak kejadian pertama 20 Jun lalu,

Mohd Khuzzan berkata, semua pihak bertungkus lumus mencari punca menyebabkan majoriti pelajar yang berada di tingkat atas bangunan sekolah terjejas.

“Kita bukan tidak ada gerak kerja. Semua agensi yang ada iaitu JAS (Jabatan Alam Sekitar), Jabatan mBomba dan Penyelamat, Jabatan Kimia, JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) serta pihak berkuasa tempatan telah menjalankan tugas untuk mencari punca.

“Sebab itu kita nak pastikan apa sebenarnya gas yang menyerang kawasan sekolah ini, jadi kita ambil pendekatan pergi serentak ke semua sekolah untuk pastikan apa yang kita dapat (bacaan),” katanya.

Dua petugas Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (PAGEMA) Mohd Sufian Samsudin (kiri) dan Abdul Wahid Samani ketika melakukan pemeriksaan kualiti udara di tingkat empat SK Kopok, Pasir Gudang.

Sementara itu, Bee Yin berkata, pemeriksaan secara serentak dijalankan bagi mencari bacaan sebenar udara di setiap sekolah.

“Selepas dapatkan 85 bacaan, kita akan dapat lebih banyak data. Bukan kita tak ambil bacaan sebelum ini tapi apabila sudah diambil, bacaan udaranya baik tapi esok ada masalah.

“Semalam (kelmarin) juga kita telah ambil sampel air kencing dan darah tujuh mangsa secepat mungkin selepas menunjukkan simptom,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut berbeza dengan insiden pencemaran Sungai Kim Kim Mac lalu.

“Mangsa daripada sekolah yang berbeza, ada yang sangat jauh, tak ada hubungan geografi. Kes ini (kelmarin) sama dengan yang berlaku 20 Jun lalu tapi tak sama dengan kes pencemaran Sungai Kim Kim.

“Sebab kes Sungai Kim Kim itu penyebaran udaranya ada satu punca dan kita boleh simulasi penyebaran gas sebab bawaan angin tapi kali ini tempatnya berbeza-beza dan selepas saringan hanya empat peratus (10 orang) yang dirujuk ke HSI,” katanya.

Antara pihak industri yang hadir pada sesi  dialog awam bersama Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin di Menara Aqabah, Kompleks Pusat
Bandar Pasir Gudang.

Menjawab soalan punca yang masih gagal dikenal pasti, Bee Yin berkata, kerajaan memerlukan laporan saintifik berkaitan punca bukan menuding jari tanpa bukti.

“Kerja pemantauan telahpun dijalankan, lebih 100 pegawai agensi berbeza pergi ke semua lokasi, bacaan semua ok tapi esoknya pelajar masuk sekolah mereka tunjuk simptom.

“Saya tak bertanggungjawab kalau saya tuding jari ‘oh ini puncanya’ sebab kerajaan perlu ada (sebab yang) saintifik.

“Lokasi berbeza dan jauh. Jumlah mangsa selepas saringan berkurangan. Kalau ada punca, ia tidak akan ada di sana dan di sini jadi apakah puncanya? Kita nak cari,” katanya.

Bee Yin ketika sesi  dialog awam bersama pihak industri di pasir gudang di Menara Aqabah Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Baca:

Pelajar pengganti guru, jadi mentor dalam kelas - Patutlah pelajar Cikgu Affifi seronok

iGuru sokong ketegasan KPM isu guna logo pada pertandingan tarian

Dua pelajar yang berubah keputusan SPM selepas semakan semula , daftar masuk ke USIM hari ini

Pakaian peserta pertandingan tarian mencolok mata bukan anjuran KPM - Ini penjelasan lanjut

SK Seri Muda, UniMAP anjur Program Transformasi Diri