PUTRAJAYA - Seramai 416,416 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula 14 Oktober hingga 28 November ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini, berkata, sebanyak di 3,313 pusat peperiksaan akan dibuka diseluruh negara, dengan seramai 32,423 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

"Daripada 416,416 calon, 85.5 peratus calon dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian (2.0 peratus), calon sekolah menengah agama negeri (2.0 peratus), calon sekolah menengah agama rakyat (0.5 peratus), calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (3.4 peratus) dan calon persendirian (6.3 peratus).

 

"Semua calon diingatkan merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan dan amaran perlu dipatuhi ketika peperiksaan berlangsung," kata kenyataan tersebut.

Artikel Menarik:

Sedikit perkongsian untuk cikgu yang ingin sandang jawatan guru besar/pengetua

Cikgu ini wujudkan kebun sayur depan rumah hingga buat ramai tak sabar nak petik

'Wah kemasnya almari kamu!' - Guru ini latih murid seawal tahun dua berdikari

Enam teknik mudah untuk pelajar skor A Matematik - Calon SPM pun boleh guna cara ini