Putrajaya - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik akan mengumumkan peletakan jawatannya pada sidang media yang akan berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Kementerian Pendidikan (KPM) jam 4.30 petang ini.

Berita yang tersebar di media sosial sejak tengah hari tadi itu disahkan oleh individu paling rapat dengan beliau.

GPS Bestari menerima jemputan ke sidang media tersebut pada jam 11 pagi tadi.

Nantikan perkembangan selanjutnya sebentar lagi.