Putrajaya - Susulan daripada arahan penutupan sekolah yang terjejas akibat bencana pencemaran sisa kimia di kawasan Pasir Gudang, Johor, dimaklumkan bahawa calon boleh mendapatkan keputusan SPM di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang selepas jam 10 pagi, esok.

Menurut kenyataan media Lembaga Peperiksaan yang dihantar kepada GPS Bestari.com sebentar tadi, alamat dan nombor telefon PPD Pasir Gudang adalah seperti berikut:

d/a SK Seri Kota Puteri 4

Jalan Penaga

Bandar Baru Kota Puteri

81750 Pasir Gudang

Johor Darul Takzim

Tel: 07-3881210

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan SPM 2018 melalui mySMS 15888," katanya.

Katanya, perkhidmatan akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, esok dan akan ditamatkan jam 6 petang 20 Mac.

Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di alamatsppat.moe.gov.my/semakan

Lembaga Peperiksaan prihatin dengan situasi yang dihadapi oleh calon yang terjejas dengan bencana tersebut dan akan memastikan calon dapat menyemak keputusan SPM di
tempat lain yang lebih selamat.