Putrajaya - Susulan daripada arahan penutupan 111 sekolah di Daerah Pasir Gudang, Johor berikutan bencana pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Lembaga Peperiksaan  Kementerian Pendidikan (KPM) dengan Persetujuan Board of the Royal Schools of Music (ABRSM) akan menutup empat (4) pusat peperiksaan Teori A ABRSM.

Sehubungan itu, peperiksaan Teori A ABRSM pada 16 Mac 2019 (Sabtu) di Daerah Pasir Gudang ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada GPS Bestari.com pagi ini, pusat peperiksaan yang terlibat adalah seperti yang berikut:

1. PG01 - SMK Taman Johor Jaya 2

2. PG02 - SMK Permas Jaya 2

3. PG03 - SMK Taman Mount Austin

4. PG04 - SMK Taman Pelangi Indah