PUTRAJAYA - Mulai tahun ini, kertas bahasa Inggeris Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan dijajarkan kepada Common European Framework of Reference for Languages (CEFR), diikuti  Sijil pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021, dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR) pada 2022.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata dengan penjajaran penilaian peperiksaan kertas Bahasa Inggeris UPSR, PT3 dan SPM kepada CEFR, murid akan mengetahui tahap penguasaan CEFR bahasa Inggeris masing-masing.

"Pernyataan tahap penguasaan dengan deskriptor 'can do' merupakan piawaian antarabangsa yang membuktikan kebolehan murid dalam penguasaan setiap kemahiran berbahasa Inggeris," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian watikah pelantikan panel pakar Majlis Penarafan Standard dan Kualiti Bahasa Inggeris (MPSKBI) sesi 2018-2020 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini semalam.

CEFR yang berasal dari Eropah kini merupakan kerangka yang digunakan secara global untuk pelbagai bahasa seperti bahasa Arab, Jepun dan Perancis.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan, Maszlee berkata MPSKBI ditubuhkan untuk mengawal piawaian dan kualiti bahasa Inggeris di Malaysia supaya mencapai tahap antarabangsa.

Sebanyak enam daripada tujuh ahli panel terdiri daripada pakar bahasa Inggeris dari universiti, badan profesional bahasa Inggeris dan individu yang aktif dalam penyelidikan, menerima watikah pelantikan sebagai panel MPSKBI pada majlis semalam.

Mereka ialah profesor adjung di Universiti Pendidikan Sultan Idris  Profesor Adjung Dr Zuraidah Mohd Don;  Profesor Dr Anna Christina Abdullah dari Wawasan Open University Pulau Pinang; Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Hazita Azman, dan mantan profesor madya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Datin Dr Mardziah Hayati Abdullah.

Tiga lagi ahli panel MPSKBI ialah profesor madya di Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi Mara Profesor Madya Dr Ramesh Nair Raman Nair, jurulatih pemeriksa bagi Cambridge International English Language Testing System (IELTS) P.Jaya Pushani dan Profesor Madya Dr Ranjit Singh Gill dari Quest International University, Perak. - Bernama

ARTIKEL LAIN:

'Saya harap pihak USIM timbang kemasukan anak.. keputusan SPM dia dah berubah.' - Bapa

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat

Amanat Menteri Pendidikan Tahun 2019 - Ini teks penuh ucapan Maszlee

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan..Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun 6, Cikgu Norashikin dedah siapa pemilik tulisan ini