PUTRAJAYA - Pencapaian Malaysia dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) menaik dalam ketiga-tiga domain literasi iaitu Bacaan, Matematik dan Saintifik.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Bacaan (415 mata skor), Literasi Matematik (440 mata skor) dan Literasi Saintifik (438 mata mata skor) telah meningkat berbanding pencapaian dalam PISA 2009, iaitu semasa Malaysia mula-mula menyertai PISA, dan juga dalam PISA 2012.

"Jurang pencapaian Malaysia dengan purata OECD semakin mengecil dalam tempoh 10 tahun bagi ketiga-tiga literasi.

"Pengecilan jurang adalah paling ketara dalam Literasi Matematik, iaitu dari perbezaan 92 mata dalam PISA 2009 kepada sebanyak 43 mata dalam PISA 2018.

"Bagi Literasi Saintifik pula, perbezaan sebanyak 79 mata dalam PISA 2009 kepada 51 mata dalam PISA 2018 dan perbezaan sebanyak 80 mata dalam PISA 2009 kepada 72 mata dalam PISA 2018 bagi Literasi Bacaan. Ini menunjukkan bahawa pencapaian Malaysia semakin menghampiri purata OECD," katanya.

Menurutnya, pencapaian Malaysia juga menunjukkan Malaysia bukan lagi berada  di satu pertiga ke bawah dalam kedudukan negara. Malaysia kini berada pada satu pertiga pertengahan.

"Jurang pencapaian antara murid lelaki dengan murid perempuan juga semakin mengecil dalam ketiga-tiga domain literasi; iaitu daripada perbezaan 41 mata dalam PISA 2012 kepada perbezaan 26 mata dalam PISA 2018 bagi Literasi Bacaan; daripada perbezaan 11 mata dalam PISA 2012 kepada perbezaan 6 mata dalam PISA 2018 bagi Literasi Matematik; serta daripada perbezaan 8 mata dalam PISA 2012 kepada perbezaan 7 mata dalam PISA 2018 bagi Literasi Saintifik.

"Pencapaian menurut aras penguasaan; 3% murid Malaysia nencapai Aras Penguasaan 5 atau 6 dalam sekurang-kurang satu domain literasi, manakala 54% murid Malaysia mencapai Aras Penguasaan 2 dalam Literasi Bacaan. Pada Aras 2, murid ini dapat mengenal pasti idea utama dalam teks sederhana panjang, mencari maklumat eksplisit yang kadang-kadang terkandung dalam kriteria yang kompleks," jelasnya.

Kata beliau, 59% murid Malaysia mernperoleh purata pencapaian sekurang-kurangnya pada Aras Penguasaan 2 dalam Literasi Maternatik. Pada Aras 2, murid berkenaan dapat mentafsir dan mengenal, tanpa panduan yang jelas, tentang cara untuk mewakilkan sesuatu situasi biasa secara matematik.

"63% murid di Malaysia memperoleh pencapaian sekurang-kurangnya Pada Aras Penguasaan 2 dalam Literasi Saintlfik. Pada Aras 2, murid dapat mengenal penerangan yang betul untuk fenomena saintifik yang biasa dilihat dan dapat menggunakan pengetahuan untuk mengenal pasti (dalam sesetengah keadaan) sama ada sesuatu kesimpulan itu sahih berdasarkan data yang diberi," katanya ketika taklimat kepada media dan pengumuman berkenaan PISA 2018 di Kompleks E, di sini hari ini.

FAKTOR GURU

• 84% murid Malaysia bersetuju bahawa guru mereka seronok mengajar. Mereka juga melaporkan guru mereka bersungguh-sungguh dan menunjukkan minat dalam subjek yang diajar.

• 84% murid melaporkan bahawa guru ‘memberikan bimbingan tambahan apabila murid memerlukan' dan 'guru terns mengajar sehingga murid benar-benar faham'.

• Secara purata di seluruh negara OECD, peningkatan setiap unit dalam lndeks Kesungguhan Guru di sekolah, prestasi bacaan murid meningkat sebanyak 8 mata, selepas mengambilkira indeks di peringkat murid dan profil sosioekonorni murid dan sekolah.  Namun bagi Malaysia, peningkatan dalam prestasi membaca adalah 52 mata bagi setiap unit dalam Indeks Kesungguhan Guru di sekolah.

SIKAP MUR1D TERHADAP MEMBACA

• PISA 2018 juga melaporkan sikap murid terhadap membaca.

• Perbandingan respon murid PISA 2018 dengan PISA 2009 (ketika Literasi Bacaan menjadi domain utarna) menunjukkan bahawa Aktiviti membaca sebagai hobi yang tidak lagi digemari.  

• Peratusan bahan yang dibaca oleh murid 15 tahun di Malaysia menunjukkan pengurangan yang signifikan antara PISA 2018 dengan PISA 2009.

• Namun, tiga jenis bahan bacaan yang masih diminati adalah buku fiksyen, buku bukan fiksyen komik dan komik.

OECD melaporkan bahawa pengurangan dalam penggunaan bahan bercetak boleh dikaitkan dengan era digital. iaitu akses kepada ruang bual (chats), pembacaan rencana dalam laman berita atau laman web yang menyediakan bahan bacaan dengan mudah (OECD 2019)

Walau bagaimanapun, peratusan murid Malaysia yang MEMBACA DALAM TALIAN telah meningkat dengan signifikan; peratusan murid melakukan pencarian maklumat dalam talian adalah tinggi malah hampir menyamai peratusan purata OECD.

Lebih 80% murid lelaki dan perempuan melaporkan bahawa mereka kerap 'Mencari maklumat dalam talian untuk belajar tentang sesuatu topik'. 'Mencari maklumat dalam talian tentang pengetahuan am (practical knowledge)', dan 'Membaca berita dalam talian'.

PENCAPAIAN MENURUT DOMAIN LITERASI

Literasi Bacaan

12. Untuk makluman, LITERASI BACAAN merupakan domain utama dalam PISA 2018.

13. Malaysia mencapai skor purata 415 mata dalam LITERASI BACAAN PISA 2018. Skor ini dilihat hampir menyamai pencapaian PISA 2009 pada 414 mata namun telah meningkat secara signifikan sebanyak 17 mata berbanding PISA 2012 (skor 398 mata).

14. Purata OECD pula menunjukkan penurunan dalam LITERASI BACAAN iaitu purata pencapaian 497 mata dalam PISA 2012, 493 mata dalam PISA 2015 kepada 487 mata dalam PISA 2018. Penurunan ini disebabkan dalam kalangan negara OECD, purata pencapaian telah sama ada menurun ataupun tidak berubah.

15. Daripada 79 negara peserta PISA 2018, sebanyak 38 negara (24 negara OECD dan 14 negara peserta lain) telah menunjukkan penurunan antara 1 hingga 18 mata skor dalam pencapaian Literasi Bacaan. Oleh itu, peningkatan purata skor Malaysia pada 415 mata menunjukkan bahawa pencapaian Malaysia semakin menghampiri purata negara OECD 487 mata.

Literasi Matematik

16. Pencapaian Malaysia dalam LITERASI MATEMATIK menunjukkan pencapaian yang jauh lebih baik berbanding PISA 2009 dan PISA 2012. Skor purata yang dicapai dalam PISA 2018 adalah sebanyak 440 mata berbanding 404 mata dalam PISA 2009 dan 421 mata dalam PISA 2012, menunjukkan perbezaan skor masing-masing sebanyak 36 mata dan 19 mata. Malahan, pencapaian dalam kalangan murid Malaysia yang berpencapaian tertinggi dalam Literasi Matematik menunjukkan peningkatan sebanyak 17 mata skor bagi setiap pusingan tiga tahun PISA.

17. Terdapat juga penurunan dalam skor purata OECD dalam LITERASI MATEMATIK iaitu daripada 79 negara peserta PISA 2018, sebanyak 26 negara (17 negara OECD dan 9 negara peserta lain) telah menunjukkan penurunan antara 1 hingga 17 mata skor dalam pencapaian Literasi Matematik apabila dibandingkan dengan pencapaian PISA 2015.

Literasi Saintifik

18. Bagi LITERASI SAINTIFIK pula, skor purata yang dicapai dalam PISA 2018 adalah sebanyak 438 mata, iaitu meningkat sebanyak 18 mata berbanding PISA 2012 (skor purata pada 420 mata) dan sebanyak 16 mata berbanding PISA 2009 (skor purata pada 422 mata).

19. Penurunan skor purata juga dilihat berlaku dalam LITERASI SAINTIFIK dalam kalangan negara OECD. Daripada 79 negara peserta PISA 2018, sebanyak 42 negara (25 negara OECD dan 17 negara peserta lain) telah menunjukkan penurunan antara 2 hingga 22 mata skor dalam pencapaian Literasi Saintifik apabila dibandingkan dengan pencapaian PISA 2015.

Aras Penguasaan: Literasi Bacaan

20. PISA juga melaporkan pencapaian murid berdasarkan aras penguasaan (proficiency level), iaitu bagi memberi maksud kepada skor purata yang dicapai. PISA 2018 telah mengenal pasti sembilan (9) aras penguasaan dalam LITERASI BACAAN, iaitu Aras 6 sebagai aras penguasaan yang tertinggi sehingga Bawah Aras 1c sebagai aras penguasaan yang paling rendah.

21. Pencapaian Malaysia dalam LITERASI BACAAN pada skor purata 415 meletakkan Malaysia berada pada Aras Penguasaan 2. Pada Aras 2, murid ini dapat mengenal pasti idea utama dalam teks sederhana panjang, mencari maklumat eksplisit yang kadang-kadang terkandung dalam kriteria yang kompleks.

22. 54.2% murid mencapai sekurang-kurangnya Aras Penguasaan 2 dalam LITERASI BACAAN dan 45.8% mencapai Aras 1a dan ke bawah.

Aras Penguasaan: Literasi Matematik

23. Terdapat tujuh (7) aras penguasaan dalam LITERASI MATEMATIK, iaitu Aras 6 sebagai aras penguasaan yang tertinggi sehingga Bawah Aras 1 sebagai aras penguasaan yang paling rendah.

24. Pencapaian Malaysia pada skor purata 440 menunjukkan Malaysia berada pada Aras Penguasaan 2. Pada Aras Penguasaan 2, murid ini dapat mentafsir dan mengenal, tanpa panduan yang jelas, tentang cara untuk mewakilkan sesuatu situasi biasa secara matematik.

25. 59% murid Malaysia memperoleh purata pencapaian sekurang-kurangnya pada Aras Penguasaan 2 dalam Literasi Matematik dan 41.5% mencapai Aras 1 dan ke bawah.

26. 2% murid Malaysia menunjukkan purata pencapaian pada Aras 5 atau lebih tinggi dalam Matematik. Kumpulan murid ini dapat membentuk model matematik bagi situasi kompleks, dan dapat memilih, membanding dan menilai strategi penyelesaian masalah yang bersesuaian untuk menyelesaikannya.

Aras Penguasaan: Literasi Saintifik

27. Terdapat lapan (8) aras penguasaan dalam LITERASI SAINTIFIK, iaitu Aras 6 sebagai aras penguasaan yang tertinggi sehingga Bawah Aras 1b sebagai aras penguasaan yang paling rendah.

28. Pencapaian Malaysia pada skor purata 438 dalam LITERASI SAINTIFIK menunjukkan Malaysia berada pada Aras Penguasaan 2. Pada Aras 2, murid dapat mengenal penerangan yang betul untuk fenomena saintifik yang biasa dilihat dan dapat menggunakan pengetahuan untuk mengenal pasti (dalam sesetengah keadaan) sama ada sesuatu kesimpulan itu sahih berdasarkan data yang diberi.

29. 63.4% murid di Malaysia memperoleh pencapaian sekurang-kurangnya pada Aras Penguasaan 2 dan 36.6% mencapai Aras 1a dan ke bawah dalam LITERASI SAINTIFIK. 1% murid adalah yang berpencapaian tertinggi, iaitu mereka yang berjaya mencapai Aras Penguasaan 5.

PERBANDINGAN PENCAPAIAN DENGAN NEGARA PESERTA PISA

30. Gabungan Beijing, Shanghai, Jiangzu dan Zhejiang (B-S-J-Z) dengan mencapai Aras 4 dalam ketiga-tiga Literasi. Manakala Singapura dan Macao (China) masing-masing mencapai Aras 4 dalam Literasi Matematik dan Aras 3 dalam Literasi Bacaan dan Literasi Saintifik. Ketiga-tiga negara ini merupakan negara berpencapaian paling tinggi dalam kalangan semua negara peserta PISA 2018.

31. Kebanyakan negara OECD mencapai Aras Penguasaan 3 dalam ketiga-tiga literasi. Secara keseluruhannya, kebanyakan negara dan ekonomi peserta PISA 2018 mencapai Aras Penguasaan 2, termasuk Malaysia. Pencapaian Malaysia juga mendahului negara ASEAN yang lain, kecuali Singapura.

PENCAPAIAN MALAYSIA DALAM PISA 2018

Artikel lain:

Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima diperkenal KPM

Pakej mata pelajaran tingkatan 4 tahun hadapan yang perlu guru tahu... pelajar mudah faham

'Ada yang menyorok dalam tandas kerana enggan bersukan' - Cikgu ini kongsi sikap murid-muridnya

Berlatih hanya dua minggu, tak sangka pasukan sekolah ini bolot emas semua kategori di Spain