Jawatankuasa Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) bertanggungjawab memastikan tiga perkara berikut:

1.Perancangan PdP:

a.Meneruskan pembelajaran melalui platform yang bersesuaian seperti e-pembelajaran (e-learning) atau pembelajaran maya (virtual learning); dan

b.Guru perlu merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang akur kepada keperluan penjarakan sosial.

2.Kelengkapan dan peralatan PdP:

a. Memastikan semua kelengkapan dan peralatan telah dibersihkan sebelum aktiviti PdP dilaksanakan; dan

b. Memastikan semua kelengkapan dan peralatan untuk aktiviti PdP berfungsi.

3. Pelaksanaan aktiviti PdP:

a. Aktiviti hendaklah mengikut waktu pembelajaran yang telah diluluskan semasa pendaftaran IPS. Sebarang aktiviti di luar waktu pembelajaran tidak dibenarkan;

b. Aktiviti PdP dihadkan di bilik PdP sahaja dan hendaklah mengambil kira penjarakan sosial yang ditetapkan;

c. PdP secara e-pembelajaran dilaksanakan bagi murid yang tidak dapat mengikuti pembelajaran di bilik darjah disebabkan penjarakan sosial. Jika murid tiada akses atau menghadapi kesukaran akses kepada PdP secara e-pembelajaran, pihak sekolah perlu berbincang dengan ibu bapa/penjaga untuk menentukan kaedah PdP yang bersesuaian; dan

d. Aktiviti luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum tidak dibenarkan sehingga arahan lanjut dikeluarkan oleh KPM.

Artikel berkaitan:

Garis panduan pembukaan semula sekolah diedarkan mulai hari ini

Sekolah bakal dibuka…KPM sediakan garis panduan penting sebagai rujukan

Ketahui tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS)

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Perancangan Penggal Persekolahan

Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) : Perancangan Pengurusan Yuran dan Bayaran