PUTRAJAYA - Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) telah menyerahkan laporan lengkapnya Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan dalam satu majlis ringkas di Putrajaya, semalam.

Kenyataan media yang dihantar kepada GPSBestari.com tengah hari tadi menyatakan, JKD ditubuhkan melalui cadangan Mesyuarat Jemaah Menteri yang meminta KPM mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji semula dasar pendidikan negara, termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga universiti.

"Pelantikan Ahli JKD dilaksanakan pada18 Oktober 2018 dan Jawatankuasa ini diberikan tempoh sehingga 30 April 2018 untuk menyediakan laporan lengkap.

"JKD telah mengadakan siri pertemuan diseluruh negara melibatkan 3,141 pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk menambah baik sistem pendidikan negara," katanya.

Menurutnya, jawatankuasa ini juga telah menerima sebanyak 3,378 perakuan daripada pelbagai pertubuhan dan individu.

"KPM akan meneliti secara menyeluruh Laporan JKD ini sebelum dibawa untuk perhatian Jemaah Menteri.

"KPM bagi pihak Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Pengerusi JKD,YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, Timbalan Pengerusi JKD, Dr Madeline Berma dan Ahli-ahli JKD yang lain, Profesor Dato’ Dr Ab Halim Tamuri, Dr Dzaharudin Mansor, Dr Mohamed Yunus Mohamed, Dr Julia/lEdo, Yeo Kar Peng, Janet Pillai, Dr Mohd Tazli Azizan, Dr Putri Afzan Maria, Cheryl  Fernando, Hasrizal Abdul Jamil dan Professor Dr Abhi Veerakumarasivam," katanya.

 

ARTIKEL LAIN:

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan..Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

'Sporting' betul cikgu SK Nong Chik ni.. seronoklah murid tengok cikgu mereka dah bertukar karakter

Selipar lusuh dikutip lalu direka menjadi mainan sendiri..idea pelajar ini tarik perhatian netizen

Sains Pertanian bakal diperkenalkan semula di sekolah