Putrajaya - "Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada YAB Tun Dr Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuk saya mengemudi Kementerian Pendidikan (KPM)."

Demikian kata Dr Maszlee Malik ketika sidang media khas yang berlangsung di KPM sebentar tadi.

Menurut beliau, peluang yang diberikan adalah hadiah terbaik kepadanya sebagai warga pendidik dan aktivis akademia.

"Saya juga ingin menyatakan pendirian, sokongan dan ketaatan tidak berbelah bagi saya kepada beliau dan parti saya.

"Saya percaya, saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah, ‘Pendidikan untuk Semua’.

"Saya juga percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu. Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama," katanya.

Justeru kata beliau, dengan hati yang reda walaupun berat, beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari 2020.

Artikel berkaitan:

Program jam 7 pagi di SK Setiawangsa 9 jam sebelum Dr Maszlee umum letak jawatan

Dr Maszlee umum letak jawatan jam 4.30 petang ini?

Usaha terbaik KPM peringkat sekolah tahun lepas - Dr Maszlee

Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima diperkenal KPM