10 pelajar terbaik

1. Dhivya Janani A/P Mariappan

2. Maizatunnisa Mustaffa

3. Chua Chin Yie

4. Lee Sze Yuan

5. Wee Chin Sheng

6. Leong Yean Thyn

7. Cheah Zhi Qian

8. Nur Solehah Binti Zahari

9. Thong Wei Phui

10. Buvanesh A/P Ramesh

Kategori B40

1. Muhammad Amin Mohd Rosdi

2. Yu Jia Wen

3. Punniatarisini a/p Murugisu

4. Kuan Kah Yee 

5. Mohd Shafizan Bin Usin Marikan

Kategori Khas - Sakit Kritikal

Nur Nabilah Shaik Abdul Jalil

Kategori Pelajar Istimewa - Spastik

Connie Ong Hui May

Kategori Pelajar Istimewa - Pekak

Nor Hazwani Hussain

Kategori Pelajar Istimewa - Rabun

Nur’Aqilah Zamri

Kategori Pelajar Orang Asli

Nor Faiza Rosidin

Pelajar Terbaik SKBMW 2018

Reshma Mohamed Ansari

BEAUFORT- Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Mistirine Radin (barisan tengah tujuh, kiri) bersama pelajar yang mendapat keputusan cemerlang STPM seluruh Sabah sempena Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2018 di Dewan Dun Beaufort, semalam.

BEAUFORT - Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Mistirine Radin (dua, kanan) mengucapkan tahniah kepada pelajar cemerlang STPM 2018 selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2018 di Dewan Dun Beaufort, semalam.

KUALA TERENGGANU - Calon STPM 2018, Nur Syahidah Hassan, 20, (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan selepas mengambil keputusan di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, semalam.

KUALA TERENGGANU - Calon STPM 2018, Nur Syahidah Hassan, 20, (tengah) berkongsi kegembiraan bersama ibu bapa, Nurhidayah Mustafa, 50, dan Hassan Salleh, 53, selepas mengambil keputusan STPM di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, semalam.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.923545.1552358366!/image/image.jpg

MELAKA - Pelajar cemerlang STPM (dari kiri) Nurnajwa Maisarah Mohamad Fauzan Philip, P Theebhashini dan Wong Ai Vee melihat sijil penghargaan yang diterima mereka selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2018 Peringkat Negeri, semalam.

MELAKA - Pengarah Pendidikan Melaka Datuk Abu Bakar Sahari (tiga, kanan) bersama pelajar cemerlang STPM selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2018 Peringkat Negeri di  Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Bukit Baru, semalam.

MELAKA - Pelajar cemerlang STPM, Nurnajwa Maisarah Mohamad Fauzan Philip, 20, (tengah) bersama ibu, Norhana Md Shah, 44, dan bapanya, Mohd Fauzan Philip, 51, selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2018 Peringkat Negeri di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Bukit Baru, semalam. Seramai 23 calon STPM 2018 di seluruh Melaka memperoleh purata nilai gred kumulatif 4.00.

KOTA BHARU - Pelajar SMK Zainab 1 ceria menunjukkan keputusan yang diperoleh mereka pada majlis pengumuman keputusan STPM 2018, semalam.

SEREMBAN - Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Pkharuddin Ghazali (tengah) bergambar bersama pelajar SMKA Sheikh Hj Mohd Said pada sidang media Pengumuman Keputusan STPM di sekolah itu, semalam. Turut hadir, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin dan Pengetua SMKA Sheikh Hj Mohd Said Nori Ab Hak.

SEREMBAN - Pelajar cemerlang Nor Auni Afiqah Nor Azmi dan Muhammad Fawwaz Noorazmi yang memperoleh keputusan cemerlang PNGK 4.0 diraikan rakannya selepas pengumuman keputusan STPM di SMKA Sheikh Hj Mohd Said, semalam.

SEREMBAN - Pelajar cemerlang Nor Auni Afiqah Nor Azmi dan Muhammad Fawwaz Noorazmi menunjukkan keputusan cemerlang PNGK 4.0 pada pengumuman keputusan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Hj Mohd Said, semalam. Sekolah ini dianugerahkan Sekolah Kedua Terbaik STPM antara 21 sekolah peringkat Negeri Sembilan.

KOTA BHARU - Pelajar SMK Zainab 1, Fatmaruhani Ibrahim (tengah) menunjukkan keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 selepas pengumuman keputusan STPM di sekolah mereka, semalam.

ALOR SETAR - Pelajar cemerlang, Muhammad Saniy Samsudin, 21 (depan, tiga kiri) bersama pelajar cemerlang lain meraikan kejayaan meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2018 Peringkat Negeri Kedah di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, semalam.

KUCHING - Pelajar Terbaik STPM, Kuan Kah Yee dari SMK Tun Abdul Razak Padawan menunjukkan pencapaiannya setelah bertungkus lumus belajar. Pencapaian Kah Yee mengatasi semua pelajar dari Sarawak. Dia dan seorang lagi pelajar dijemput untuk menghadiri Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Kebangsaan STPM 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

BESUT - Tiga pelajar terbaik STPM 2018 dari SMK Putra Hulu Besut bersama yang mencatat 4.00 Poin Gred Nilai Kumulatif (PGNK) dan tiga lagi yang mendapat 'straight' 4A dengan PGNK 3.90 keatas bergambar bersama pengetua dan guru mereka serta rakan lain yang memperolehi PGNK melebihi 3.50 selepas majlis pengumuman keputusan dibuat di sekolah mereka, semalam.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.923534.1552357385!/image/image.jpg

ALOR SETAR - Muhammad Saniy Samsudin, 21, (tengah) menerima kucupan tahniah daripada kedua ibu bapanya selepas meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2018 Peringkat Negeri Kedah di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, semalam. Anak kedua daripada tiga beradik itu meraih kejayaan itu walaupun terpaksa berhenti belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada Mei 2017 dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal sebelum menyambung ke tingkatan enam SMK Pulau Nyiur dekat Jitra demi menjaga ibunya, Rozaina Saad, 50 (kiri) yang menghidap strok sebelah badan kanan. Muhammad Saniy antara 54 pelajar cemerlang STPM 2018 Kedah yang diumumkan, semalam.

ALOR SETAR - Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Abd Aziz Selaiman (empat, kanan) memberikan kata-kata semangat kepada Muhammad Saniy Samsudin, 21, (tiga, kanan) yang meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2018 Peringkat Negeri Kedah di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin semalam.