Teater Muzikal Aladdin telah dipentaskan di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya pada 26 April 2019 lalu telah mencatat sejarah tersendiri.

Pementasan yang berdurasi selama sejam ini dipentaskan dalam dua sesi iaitu sesi pertama pada jam 3 petang, manakala sesi kedua pada jam 9 malam.

Keunikan teater ini menampilkan tiga elemen iaitu lakonan, tarian dan koir yang dijayakan oleh 59 orang murid-murid Tahun Tiga dan seorang murid Tahun Enam.

Kesemua murid-murid ini mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza kerana penglibatan daripada semua tahap iaitu daripada murid cemerlang hingga tahap lemah.

Pemilihan mereka adalah berdasarkan minat dan uji bakat yang dijalankan oleh guru selama dua minggu bagi menentukan kecenderungan murid sama ada alam lakonan, tarian dan koir.

Teater muzikal Aladdin ini merupakan Projek Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) seperti yang dikehendaki  Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu pentaksiran dalam pelbagai elemen, salah satunya adalah teater.

Selaras dengan itu, memandangkan tiada lagi ujian atau peperiksaan untuk murid-murid tahap satu, teater ini diangkat sebagai salah satu cara pentaksiran bagi menilai kekuatan murid yang merangkumi tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Kesenian (muzik) dan Pendidikan Jasmani.

Melalui penglibatan murid-murid ini, guru mata pelajaran tersebut boleh mentafsirkan murid mengikut tahap penguasaan tertentu.

 

 

Kerjasama Aswara

Teater ini secara umumnya merupakan usahasama dengan Aswara dan Perbadanan Putrajaya LA21.

Namun dari sudut pengarahan, susunan muzik, koreografi, penataran cahaya dan bunyi, prop, tatarias adalah hasil kerja 100 peratus guru-guru sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya
 Presint 8(2).

Pihak Aswara memainkan peranan sebagai penasihat pementasan dan membimbing guru-guru dengan mengadakan kursus produksi teater.

Secara keseluruhan, teater ini berjaya menggamit kehadiran penonton.

Malah, kedua-dua sesi kehadiran penonton sangat menggalakkan dengan kerusi-kerusi penuh dan ada juga yang terpaksa duduk di tangga.

Projek sulung ini juga dilihat sebagai satu rentetan atas beberapa kejayaan SK Putrajaya Presint 8(2) yang pernah menjadi Johan Sketsa Petronas/Petrosains peringkat kebangsaan 2012, Johan Pentomin Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar dan DBP 2011, Johan Sketsa PNB peringkat Putrajaya 2018 dan banyak lagi.

Artikel lain:

Dr. Amalina gesa orang ramai bantu Ainul Mardhiah segera ke London

KPM akan pastikan dua pelajar SMK Seksyen 18 dapat sambung pengajian di universiti yang dimohon

'Mana ma dan abah?' - Murid SK Kuang ini tak tahu ibu ayah dan dua adik meninggal (8 foto)

'Apa yang saya reti masa saya masa untuk lima adik' - Murid tahun enam terpaksa jadi ibu, ayah

Dua lepasan SPM ini terkejut subjek Gagal, rupa-rupanya A setelah semakan semula dibuat