Putrajaya - Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah di Pasir Gudang dtutup serta merta.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, berdasarkan situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, KPM memutuskan untuk menutup kesemua 111 sekolah di daerah itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, semua pelajar, guru, kakitangan dan pekerja di sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah sehingga situasi kembali pulih.

"Pihak KPM memohon agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan sentaisa peka dengan arahan pihak berkuas dari masa ke masa," katanya.