PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Changlun, Kedah yang telah tertangguh selama hampir dua tahun telah berjaya mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada Majlis Daerah Kubang Pasu kelmarin.

Kenyataan media yang dihantar kepada GPSBestari.com tengah hari tadi menyatakan, KPM akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bangunan baharu mematuhi semua terma kontrak pembinaan supaya Sijil Perakuan Siap Praktikal ataupun CPC boleh diberikan kepada kontraktor.

Timbalan menterinya, Teo Nie Ching berkata, KPM juga akan membuat segala persiapan dengan kadar yang segera bagi memastikan sekolah tersebut boleh beroperasi di bangunan baharu secepat mungkin.

"KPM dibawah kerajaan baharu ingin menegaskan bahawa komitmen Kementerian terhadap kemajuan sekolah-sekolah Tamil akan berterusan.

"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Summugam Rengasamy, Perpaduan serta Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Kedah atas segala bantuanyang telah dihulurkan untuk membantu KPM menyelesaikan masalah pembinaan sekolah ini.

"Sehubungan dengan itu, KPM berharap persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baharu ini akan menyuntik semangat dalam kalangan guru dan murid," katanya.

Artikel lain:

'Seorang pelajar Kolej Vokasional maut, 24 lagi cedera' - Polis masih siasat punca

'Menjadi guru bukan pilihanku, namun ALLAH lebih tahu segalanya' - GB SK Beruas

Hujan lebat, guna plastik sampah balut anak - Guru pedalaman ini kongsi kisah sesat dalam hutan

Tahniah! SMK Panji Alam takluk Eropah gondol empat anugerah utama tewaskan pasukan dari 100 negara

Warga SK Taman Cahaya Masai bersyukur semua pelajar selamat ketika kes pembuangan sisa kimia