Putrajaya - Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 akan dijalankan pada 4 dan 5 September serta 10, 11 dan 12 September 2019.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada GPS Bestari sebentar tadi, seramai 445,641 calon mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,076 pusat peperiksaan di seluruh negara.

"Seramai 53,242 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti yang dijadualkan," katanya.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 434,177 ialah calon dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 11,464 ialah calon sekolah swasta menjadikan jumlah keseluruhan yang menduduki UPSR pada tahun ini adalah 445,641 orang.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan UPSR 2019 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan dan arahan serta amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.

Calon juga diingatkan supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri (MyKad atau MyKid atau Borang Pengenalan Diri Calon atau Surat Perakuan Pengenalan Diri) ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

Artikel berkaitan:

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

11 tip 'awesome' hadapi peperiksaan... sangat berguna untuk calon yang akan duduki UPSR

Apa yang calon perlu buat untuk persiapan diri menjelang UPSR?