IZINKAN saya berkongsi sedikit cerita dan kegembiraan di hati.

Sebagai seorang guru, pasti ada kenangan manis semasa meraikan hari guru. Walaupun hadiah ini hanya sehelai nota kecil dan sebuah medal, ia cukup bermakna kerana ia ditulis oleh seorang anak remaja berumur 19 tahun. Pada pandangan saya, pada usia 19 tahun, bukan mudah seorang anak remaja mahu menulis pada gurunya. Sebab itu saya berasa sangat tersentuh.

Saya masih ingat, beberapa tahun yang lalu saya menerima mesej di whatsapp saya. Agak panjang juga luahannya. Cuma perkara utamanya si anak remaja ini tidak mahu mengambil subjek Pengajian Perniagaan saya. Jika tidak silap, dia mengatakan dirinya tidak mampu untuk membawa subjek tersebut.

Agak panjang juga kami berbalas mesej. Akhirnya si anak bertuah ini mengalah dengan pujukan saya.

"Baiklah cikgu..saya akan ikut nasihat cikgu..saya akan cuba yang terbaik,”

Begitulah lebih kurang ayatnya jika tidak silap saya.

Selepas itu masa terus berlalu.. Pada hujung November tahun tersebut, anak bertuah ini menduduki peperiksaan penggal pertama.

Pada bulan 2, tahun berikutnya, keputusan peperiksaan penggal pertama keluar. Kuat debarannya.. Akhirnya, anak bertuah ini lulus subjek saya..

Alhamdulillah, terserlah kegembiraannya di sebalik raut wajah yang sedikit sebak saat dia mengucapkan "terima kasih cikgu”..

Masa terus berlalu.. si anak bertuah ini terus menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan penggal seterusnya..

Pada tahun keputusan penuh peperiksaan STPM keluar, si anak bertuah ini mendapat keputusan yang mampu membuatkan saya tersenyum puas..

Wahai anak, terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi buat cikgu.. Kekentalan hati kamu untuk melawan rasa putus asa sehingga kamu berjaya mengalahkannya, telah memberi pengajaran dan pengalaman berharga buat cikgu.. Benarlah kata pepatah, Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. Dan benarlah janji Allah, Dia tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan merekalah yang berusaha untuk mengubahnya..

Wahai anak, mohon maaf kerana berkongsi kisah kecil ini.. Maafkan cikgu andai kisah ini tidak menyenangkan hati kamu.. Cikgu berkongsi untuk kebaikan dan kamu adalah insan yang patut dicontohi.. Doa cikgu, semoga kamu cemerlang di menara gading.

* nota kecil ini adalah tulisan tangan si anak bertuah yang diberikan pada saya pada hari guru beberapa tahun yang lalu..

Sumber: Facebook Razali Saaran

- Merupakan Guru Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Musa Al-Haj

ARTIKEL MENARIK:

Tak berganjak walau seminit..kesetiaan murid tahun 6 temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak

Cikgu, budimu kubawa mati! - Tulisan Datuk Jalil yang menyentuh hati

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya..' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia

Murid dapat E dalam ujian, tapi UPSR, keputusan sangat cemerlang..cikgu ini kongsi formula penting

 

 

 

 

 

 

 

Anda ada cerita menarik untuk dikongsikan kepada kami? Emelkan kepada [email protected]