SYUKUR kini kita berada bulan Ramadan yang mulia yang menjadi rahmat buat semua.

Golongan pelajar juga dilimpahkan rahmat dengan pelbagai sumbangan Ramadan khusus untuk pelajar pelbagai lapisan. Mensyukuri ini seharusnya Ramadan menjadi medan untuk pelajar menuntut ilmu dengan lebih gigih.

Kebiasaannya Ramadan yang menjadi alasan pada kebanyakan pelajar dengan memberikan alasan mengantuk kerana solat terawih atau sahur pada dinihari hendaklah dikikis.

Seharusnya kesempatan bangun awal pagi semasa bersahur boleh dijadikan peluang keemasan untuk pelajar meningkatkan ilmu. Susana hening pagi memang disepakati oleh mana mana pakar Motivasi adalah masa yang paling terbaik untuk mengulangkaji.

Di samping meningkatkan ibadah khusus seperti solat tahajud, solat hajat dan bersahur, pelajar boleh menggunakan kesempatan itu untuk mengulangkaji.

Ramadan juga bulan silaraturahim.  Ingatlah pelajar semua, warkah Ramadan ini juga medan silaraturahim untuk meningkatkan hubungan antara pelajar. Perkongsian makanan semasa berbuka bersama rakan tanpa mengira kaum boleh dijadikan medan perkongsian ilmu membentuk rakan perbincangan.

Kepelbagaian budaya Malaysia mengizinkan kita mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam Majlis Ihya Ramadan atau berbuka puasa.

Medan ini seharusnya dikukuhkan dengan membentuk budaya pertukaran ilmu, perbincangan antara pelajar pelajar. Ramadan dan Aidilfitri menjadi medan rezeki dan ilmu dalam kalangan pelajar.

Dengan rahmatNya sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini akan menjadi medan rezeki dalam kalangan pelajar.

Kunjungan ke rumah rakan dan sadara mara adakalanya anak-anak pelajar akan dikurniakan rezeki duit raya yang dikurniakan tanpa mengira batasan kaum dan agama.

Rezeki ini boleh digunakan untuk melengkapkan keperluan pendidikan.

Namun dalam kunjungan ini ambillah peluang berkongsi ilmu kerana ada antara sadara dan rakan yang belajar di pelbagai sekolah.

Mungkin boleh juga pelajar menggunakan kesempatan ini untuk menjalin hubungan pendidikan – bertukar soalan, nota, bahan untuk meningkatkan persediaan peperiksaan  awam. 

Usahlah lupa dalam kemeriahan meraikan Ramadan dan Syawal yang menjelma, pelihara adab sahsiah dan kepada yang menggunakan kenderaan sendiri hendaklah menjadi keselamatan diri.

Hindari budaya rempit dan mercun dalam Ramadan dan Syawal ini.  

NORAZRI MAT PIAH  

SMK KINARUT PAPAR SABAH

Artikel lain:

Naik 'ghost train' seawal jam 6 pagi pergi sekolah...sekumpulan pelajar SMK Dabong sangat tabah

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan..Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku

'Rezeki dapat pindah' - Guru dari Sarawak kongsi berita gembira mengenai EGtukar