BAYAN LEPAS - Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijamin akan merasai kelainan sepanjang berada di Tanah Suci sekiranya memilih pergi ke Mekah dan Madinah dengan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Travel & Tours.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, walaupun pihaknya tidak mempunyai pengalaman mengendalikan pakej umrah tersebut namun kerjasama daripada dua syarikat tempatan akan membuatkan perjalanan ke Tanah Suci menjadi lancar.

Sehubungan itu katanya, perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Glocal Travel Travel dan WSF Travel pasti memberikan kelainan kepada para guru.

"Ramai guru yang mengerjakan umrah ketika musim cuti sekolah dan atas sebab inilah YGMB mengambil inisiatif menubuhkan agensi pelancongan bagi menawarkan lebih banyak inisiatif kepada ahli-ahli.

"Kita turut memberikan wang saku sebanyak RM300 seorang dan pelbagai kemudahan menarik seperti hotel yang dekat dengan Masjidilharam dan Masjid Nabawi selain menyediakan dua beg besar, galas dan beg pelbagai guna kepada mereka yang mendaftar," katanya.

Beliau ditemui ketika ditemui day emberita pada Festival Guru Malaysia (FGM) 2019 yang diadakan selama lima hari bermula Ahad lalu di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke reruai mereka di festival tersebut atau menghubungi YGMB Travel & Tours Sdn. Bhd. di talian 03-4106 6588/03-4105 8650 atau emel ke [email protected].

Artikel berkaitan:

Sambutan luar biasa FGM 2019: Diserbu ribuan pengunjung khususnya guru dari seluruh negara

Suasana meriah Festival Guru Malaysia 2019 (7 foto)

FGM 2019: Ahli terima sumbangan YGMB

'Berbaloi datang jauh-jauh... terima kasih YGMB' - Cikgu Rodiah terima insentif pendidikan

Guru yang tunai umrah dengan YGMB Travel bakal menerima beg, wang saku dan hadiah misteri