GURU Pendidikan Islam ini hadir dengan pakej yang sempurna.

Cantik, pintar, jelita, baik hati dan begitu disenangi pelajar ketika di sekolah.

Malah, guru cantik ini punya aura tersendiri dan sangat bijak bergaya.

Guru yang ingin dikenali sebagai Cikgu Jash Jafri mengakui yang setiap pendidik perlu menjaga personaliti masing-masing.

"Personaliti guru itu sangat penting kerana ia menjadi perhatian pelajar-pelajar.

"Tidak semestinya perlu cantik. Banyak perkara lain yang dinilai pelajar dalam diri seorang guru.

"Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru dalam menjadi pendidik yang sejati," ujarnya yang cukup disayangi ramai pelajar dek personalitinya itu.  

Walaupun dikurniakan rupa paras yang cantik, namun ini tidak bermakna Cikgu Jash 'menjadi' bahan usikan pelajar.

"Saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah SWT.

"Sebagai seorang guru, saya juga ada ketegasan. Masa mengajar, saya seorang yang tegas. Jika ada pelajar yang melakukan kesalahan, saya tetap akan menegur dan beri nasihat.

"Sebab itu, saya selalu pesan pada pelajar, jika nak berjaya, hormatlah guru masing-masing kerana doa guru tiada hijab selepas doa ibu bapa," ujarnya.

Cikgu Jash, 29 tahun merupakan anak sulung daripada enam beradik.

Pernah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Semut Api, SK Langgar, Maahad Yaakubiah dan Maahad Amir Indera Petra.

Graduan UPSI lulusan bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam itu kini mengajar subjek Pendidikan Islam di sebuah sekolah menengah di Daerah Johor Bahru.

Cikgu Jash mula menjadi pendidik pada tahun 2015 sehinggalah sekarang. Memilih bidang perguruan bersebab dan ini sebabnya.

"Knowledge is power and power is sexy”..Knowledge is everything dalam kehidupan kita. Bahkan Rasulullah sendiri menyuruh kita menuntut ilmu tanpa batasan umur. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”

"Bila disebut perkataan ‘cikgu’, terus dalam fikiran kita bahawa dia ialah seorang pendidik dan seorang pendidik itu mestilah berilmu. Ilmu yang berpanjangan tanpa batasan. Lifelong learning ini merujuk kepada pembelajaran sepanjang hayat.

"Jadi cikgu ni bukannya bila dah habis belajar, kena berhenti belajar. Malahan, dah jadi cikgu nanti pun dah masuk sekolah masih kena belajar lagi. Pentingnya pembelajaran sepanjang hayat ni ialah supaya guru-guru di sekolah dapat sentiasa mengukuhkan pengetahuan sedia ada dan menambah pengetahuan yang baru mengikut peredaran masa," ujarnya yang pernah dianugerahkan Prestasi Pendidikan Islam SPM Terbaik.

Pelajar berbeza

Menurut Cikgu Jash, pelajar sekarang cukup berbeza berbanding pelajar zaman dahulu.

"Sangat berbeza terutama dari segi adab, pergaulan, tingkah laku, sikap kesungguhan menuntut ilmu dan suasana pembelajaran.

"Sebab itu, saya sering berpesan kepada pelajar...jika ada sikap malas dalam diri...usaha kikis dan buang sikap tersebut jauh-jauh.

"Pupuk dalam diri sikap suka bersaing secara sihat dalam bidang akademik. Insya-Allah, anda pasti akan cemerlang," ujarnya.

Cikgu Jash(belakang) turut serta pada program Hari Terbuka Sekolah, baru-baru ini.

Bersama pelajar kompang sempena sambutan Hari Guru 2019.

Bersama rakan sejawat pada Hari Guru 2019.

Program peringkat sekolah Puteri Islam di SMK Sultanah Engku Tun Aminah.

Menghadiri kursus Pendidikan Islam di SMK Tun Syed Nasir, Johor.

INFO

Nama: Jash Jafri

Umur: 29 tahun

Status: Berkahwin

Makanan kegemaran: Laksa

Minuman kegemaran: Milo

Artis pujaan: Mira Filzah

Idola: Amin Idris, Prof Muhaya, Ustaz Ebit Lew, Uyaina Arshad

Program kesukaan: Program Da’i Pendakwah Nusantara

Warna pilihan: Merah dan Hitam

Pengalaman manis: Berjaya buatkan satu kelas menangis semasa sesi pembelajaran kerana mereka terlalu menghayati PdPC.

Pengalaman pahit: Terkunci sendirian di sekolah kerana pulang lambat. Ketika itu waktu dah hampir maghrib.

FB: jash_jafri

IG: jash_jafri

ARTIKEL MENARIK:

Insiden guru rotan pelajar yang menggelarnya Cikgu Pondan, ini reaksi Dr. Maszlee

Kes tular pelajar dirotan, bagi aku yang merakam itulah yang paling jahat

Bekas pelajar tampil pertahankan tindakan guru

Tragedi bot terjunam ke dasar tasik - 'Perginya' Cikgu Fauzi buat Cikgu Rahman rindu kenangan lalu

Guru ini kongsi 12 kelebihan masuk Tingkatan Enam, nombor tujuh pasti buat ramai tersenyum

Sejarah nama lima sekolah yang terkenal di Malaysia - Ini faktanya