KOTA KINABALU - Sebanyak 16 sekolah di dua daerah di Sabah melibatkan 3,073 murid dan 372 guru ditutup semalam, kerana terjejas banjir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, 14 sekolah itu adalah di Beaufort dan dua sekolah lagi di Papar.

“Sekolah yang ditutup di daerah Beaufort ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Membakut, SK Kg Bambangan, SK Lago, SK Jabang, SK Lembah Poring, SK Tamalang, SK Sinoko, SK ST Patrick, SK Bandau, SK Kg Brunei, SK Bangkalalak, Sekolah Menengah Patrick, dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut dan SMK Membakut 2.

“Dua lagi sekolah di Papar ialah SK Sumbiling dan SK Ulu Lumangar,” katanya dalam kenyataan, semalam.



Penduduk Kampung Gudang Rasau, Kuantan, Mohamad Sukri, 45, membantu isterinya Ita Daud,41, meniti kerusi plastik bagi meredah banjir yang melanda kampung tersebut hari ini.
Limpahan air Sungai Belat mengakibatkan banjir di kampung tersebut sejak lima hari lepas.



Sekumpulan kanak-kanak gembira bermain banjir di Kampung Bukit Mentok, Kemaman, Terengganu. Daerah Kemaman yang paling terjejas terus merekodkan peningkatan mangsa kepada 1,953 orang daripada 464 keluarga di 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berbanding 1,158 mangsa (263 keluarga di 13 PPS) setakat 8 pagi, semalam.