YAYASAN LBS telah menjalinkan kerjasama dengan Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl menerusi projek REAL (Rural-Focus, English for All) dalam menyediakan bahan serta kemudahan untuk murid di pedalaman Sabah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, akses pendidikan yang terhad di kawasan pedalaman menyebabkan murid-murid kurang mendapat pendedahan, akses serta material untuk penguasaan bahasa Inggeris.

“Sehubungan dengan itu, kami amat menyokong program pendidikan kanak-kanak bagi memberi peluang untuk mengembangkan diri dan komuniti setempat,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Projek kerjasama antara Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl dan Yayasan LBS tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Inovasi dan Pendidikan Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.

Projek REAL memfokuskan pengukuhan asas bahasa Inggeris dengan membina sudut bahasa dan bahan yang diperlukan untuk memudahkan pembelajaran di sekolah.

Lebih daripada 200 pelajar akan mendapat manfaat daripada bahan-bahan akademik dan program menarik untuk pengalaman pembelajaran mereka.

Baca:

Kerajaan Terengganu tubuh Imtiaz Mandarin untuk pupuk perpaduan nasional

Jemaah Menteri kekalkan pengenalan tulisan jawi di SJK namun KPM hanya laksana jika PIBG setuju

Kejayaan guru ada lima kunci - Nombor tiga sangat penting untuk guru beri perhatian

Lapan permainan menarik dalam kereta, bantu rangsang minda anak cekap mengira

Guru Sains kongsi masalah yang sering murid hadapi semasa menjawab soalan Sains UPSR - Perlu atasi segera