PAPAR - Seramai 55 pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut diajar bagaimana menghasilkan biskut raya bersempena program Ihya’ Ramadan Permata di Gerbang Selatan sekolah, baru-baru ini.

Pelbagai gelagat menghiburkan dapat dilihat ketika mereka menyiapkan biskut raya tersebut.

Rupa-rupanya, pelajar Pendidikan Khas ini begitu berbakat besar dalam pembuatan biskut raya.

Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sanra Amilasan berkata, selain menghasilkan biskut, terdapat pelbagai pengisian menarik yang lain turut diadakan sepanjang program Ihya’ Ramadan.

Antaranya, diari ramadan saya, amali solat: solat sunat dhuha, tabung infaq Ramadan, pertandingan kuiz Ramadan dan pertandingan mewarna poster Ramadan.

Juga diadakan aktiviti mewarna kad raya, pertandingan tulisan khat Ramadan, ceramah dan praktikal pengurusan jenazah, jom berbahagi: memasak dan mengagih bubur cha cha, menghasilkan biskut raya dan majlis penutupan Ihya’ Ramadan.

Menurut Sanra, semua pelajar beragama Islam dan pengurusan sekolah terlibat dalam program tersebut.

“Tidak ketinggalan, 11 guru dan dua Pembantu Pengurusan Murid turut menyertai Ihya’ Ramadan,” katanya.

Sanra berharap, semua aktiviti yang dirancang memberikan manfaatnya kepada anak-anak istimewa dan mereka boleh mempelajari sesuatu yang baharu dalam kehidupan kelak.

 Kursus pengurusan jenazah membabitkan pelajar SMK Kinarut.

 Antara pengisian program sempena Ihya’ Ramadan.