Sebuah blok bangunan kayu Sekolah Kebangsaan Sungai Hj Matahir, Jalan Merotai dekat sini, musnah dalam kebakaran 28 Jun lalu.

Kebakaran yang bermula pada kira-kira pukul 2.10 petang itu memusnahkan tujuh pintu bilik, membabitkan pejabat guru, stor, bilik komputer termasuk bilik darjah, dan tiada kecederaan dilaporkan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Syed Salipudin Habib Taha dalam satu kenyataan berkata satu pasukan 14 anggota dan pegawai bersama empat jentera bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.19 petang.

Katanya ketika pasukan bomba tiba di lokasi yang terletak kira-kira 22 kilometer dari balai Tawau, blok bangunan sekolah itu didapati telah musnah dijilat api, dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.10 petang.

Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain di sekolah dan punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.- BERNAMA

Gambar: Facebook Ummi Rizqi

Artikel menarik:

Bersederhana dalam penampilan. Ini yang patut guru tahu bila bergaya ke sekolah

'Perlu jaga imej' - Guru ini kongsi empat elemen imej yang perlu ada pada pendidik

'Saya takkan lupa tanggal 17 Mac!’- Pengetua kongsi pengalaman, disahkan hidap kanser dan Covid-19

Tiga guru hebat yang jadi sebutan ramai tahun ini. Jom kenal dengan lebih dekat