KUDAT - Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Balambangan menyifatkan pembinaan Asrama Harian Luar Bandar dibiayai Petronas sungguh bermakna bagi mereka yang tinggal jauh dari kawasan sekolah itu.

Ia sekali gus dapat mengurangkan masalah ketidakhadiran murid di sekolah itu yang tidak dapat pergi ke sekolah disebabkan faktor cuaca bagi yang pelajar berjalan kaki dan menaiki bot ke sekolah. 

Artikel berkaitan: 'Ada yang terpaksa jalan kaki selama satu jam, naik bot dan redah hutan untuk ke sekolah'

Pembinaan asrama harian di pulau yang terletak sejam perjalanan dari pekan Kudat itu dengan kapasiti 120 murid dibiayai Petronas dengan kos RM4 juta dan dijangka siap pada September ini. 

Hayatun Syamilah

Murid Tahun Enam, Hayatun Syamilah Joseph berkata, kehadirannya ke sekolah bergantung kepada keadaan bot bapanya dan cuaca. 

"Tinggal di asrama membolehkan saya hadir ke sekolah setiap hari dan memberi tumpuan kepada pembelajaran khususnya dalam menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) nanti selain dapat makanan yang berkhasiat,” katanya ketika ditemui pada lawatan media ke Pulau Balambangan anjuran Petronas semalam.

Katanya, dia juga dapat meringankan beban bapanya, seorang nelayan, dari segi kos minyak bot. 

Pada masa ini, asrama sedia ada hanya mampu menempatkan 20 murid di sekolah itu yang keseluruhannya mempunyai 78 murid dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Seorang lagi murid Tahun Enam, dari Kampung Batu Sirih, Mohd Halmie Mohd Halim menyifatkan pembinaan asrama baharu itu membolehkan ramai murid boleh tinggal di asrama itu nanti.

Katanya pada tahun ini dia tinggal di asrama selepas lima tahun berjalan kaki yang mengambil masa sejam dari kampungnya ke sekolah.

Menurutnya sebelum tinggal di asrama, kehadirannya ke sekolah bergantung kepada keadaan cuaca, jika hujan dia tidak ke sekolah dan perjalanan ke sekolah juga terdapat ancaman haiwan liar terutama babi hutan. - Bernama

Pembinaan asrama di SK Balambangan dibiayai Petronas boleh memuatkan seramai 120 pelajar membantu murid yang tinggal di sekitar Pulau Balambangan mendapat tempat tinggal
selesa.

Laluan yang curam merupakan situasi yang perlu dilalui murid setiap kali mereka ke sekolah.

Baca:

'Terus berbuat baik dengan guru walaupun didenda' - Ini pesan pakar motivasi kepada pelajar

Lima sebab KPM tamatkan khidmat 1BestariNet dan alternatif yang disediakan

'Myokimia berlaku akibat tekanan otot' - Profesor Hamidon Basri

Tahniah! Pasukan pancaragam SK St Joseph raih tempat kedua 'Rasteder Musiktage' di Jerman

Terperangkap dalam hujan lebat, Baverly sanggup gendong pelajar Pendidikan Khas redah air