SIAPA sangka nyanyian yang dipersembahkan sewaktu perhimpunan sekolah sempena pelancaran 'Tuesday is English Day', dapat memukau warganet.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak Penampang ini melantunkan suara yang sangat merdu.

Video berdurasi 3 minit 08 saat yang dinaikkan di Facebook SMK Limbanak Penampang Official telah mendapat 2000 share dan 2000 lebih tanda suka.

Terima kasih cikgu kerana rakam persembahan ini. Orangnya cantik, suara sedap pulak tu! Moga pelajar ini berjaya.