PEKAN - Ibu kepada murid kelas mengaji Surau Kampung Medang Hilir, Siti Masitah Ibrahim, 11, dikatakan melutut dan merayu kepada suspek supaya memulangkan semula anaknya yang hilang.

Tindakan Solihah Abdullah pada malam suspek ditahan oleh penduduk kampung pada 30 Januari lalu, telah diceritakan semula ibu saudara mangsa, Norasiah Abdul Manan, 33, semalam.

Norasiah berkata, Solihah sanggup melutut di hadapan suspek, dikenal sebagai Assum itu agar beritahu di mana Siti Masitah selepas dia adalah individu terakhir bersama kanak-kanak itu.

Katanya, suspek adalah individu yang sangat rapat dengan keluarga mangsa, yang sering datang dan berjumpa dengan mereka walaupun telah berpindah dari Kampung Kemahang sejak dua tahun lalu.

"Sambil menangis, Kak Long (Solihah) merayu-rayu dengan Assum supaya pulangkan Siti Masitah, dia terus menerus berlutut, tapi suspek kata dia tak tahu.

"Kami sememangnya mengenali suspek kerana dia pernah tinggal di kawasan kejiranan ini, dan dia selalu datang ke kampung ini, sebab itu orang kampung tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya," katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di sini, semalam.

Sementara itu, Norasiah berkata, dia juga pelik bagaimana Siti Masitah boleh mengikut suspek, sedangkan anak ketiga daripada empat beradik itu bukan seorang mudah rapat dengan orang, selain keluarganya.

"Ibu saya sendiri adalah nenek saudaranya (nenek Siti Masitah), pun dia tak mahu ikut sebab dia hanya rapat dan mesra dengan ibu serta keluarganya.

"Walaupun suspek biasa datang dan bermalam di rumah mangsa, namun Siti Masitah tidak begitu rapat dengannya, sebab itu saya pelik bagaimana dia (Siti Masitah) boleh mengikuti lelaki tersebut," kastanya.

Kata Norasiah, setahu dia sebelum kehilangannya, Siti Masitah beritahu ibunya mahu ke kedai runcit untuk beli mi segera.

Jarak kedai runcit itu hanya kira-kira 200 meter dari rumahnya.

"Saya tak tahu di mana Siti Masitah jumpa lelaki tu," katanya.

Norasiah berkata, keluarga mangsa melayan suspek dengan baik dan sering memberinya makan apabila datang ke rumah mereka di Kampung Kemahang, Tanjung Medang.

“Kejadian yang berlaku ini sangat menyedihkan dan berharap keadilan dapat ditegakkan untuk Siti Masitah,” katanya.

Ibu Solihah terkejut ketika diberitahu lelaki yang dianggap sebagai adik sendiri itu sanggup membunuh anaknya.

Dia yang buntu mengenai punca dendam menyebabkan lelaki itu bertindak sedemikian mempersoalkan dendam apa yang dilakukan hingga sanggup membuat anaknya yang dipanggil 'baby' sekejam itu.

Berita penuh boleh dibaca menerusi link ini https://www.gpsbestari.com/berita/pahang/tak-sangka-dia-saya-anggap-adik-sendiri-bunuh-baby-ibu-siti-masitah-cerita-hal-sebenar-1.922186

Semalam, jurugambar Bernama sempat merakamkan suasana pilu di rumah mangsa apabila adiknya memeluk gambar Siti Masitah.

Ibunya, Solihah yang tak tahan melihat reaksi Mohamad Khairy Ibrahim, 9, menangis di tangga rumahnya.

Berita penuh boleh dibaca menerusi link ini https://www.gpsbestari.com/berita/terengganu/saya-rindu-kakak-laporan-bedah-siasat-dan-pengakuan-suspek-buat-rakyat-malaysia menangis-1.922164

Betapa sebak dan hiba ibu ini ketika menceritakan saat mayat Siti Masitah ditemui.

Dia yang bergegas ke lokasi melihatkan sendiri tangan anaknya itu diikat dalam keadaan tragis dan mengerikan.

Ini berita penuh mengenai situasi ketika itu https://www.gpsbestari.com/berita/pahang/saya-nampak-tangannya-diikat-luluh-hati-saya-ibu-murid-kelas-mengaji-ini-luah-rasa-sedih 1.922075