SEGAMAT - Setiap tahun warga Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Pemanis 1 mengadakan Sambutan Ambang Kemerdekaan untuk menyampaikan mesej kepada murid-murid tentang Hari Kebangsaan.

Guru penyelaras Bulan Kebangsaannya, Cikgu Nurul Izni Ishak berkata, kali ini, Panitia Sejarah membawa kelainan dengan menjemput Saadiah Saring yang merupakan ‘Acik Kantin’ sekolah yang lahir pada tahun kemerdekaan iaitu 22 Oktober 1957.

"Laungan kemerdekaan sebanyak tujuh kali pada tahun ini sempena ambang kemerdekaan membawa perasaan yang sangat terharu dan hiba oleh warga SK LKTP Pemanis 1.

"Hal ini kerana dengan semangat patriotik yang dibawa oleh acik Saadiah yang lahir pada tahun kemerdekaan kepada para guru dan murid-murid telah menimbulkan suasana penuh semangat untuk melaungkan 7 kali Merdeka di dewan sekolah," jelasnya.

Selain itu, murid-murid diberi kesedaran  bahawa kemerdekaan bukan mudah untuk dicapai.

[ARTIKEL BERKAITAN: Warga SK LKTP Pemanis 1 hasilkan logo gergasi sambut bulan kebangsaan]

"Adalah penting sebgai rakyat Malaysia merasa terhutang budi kepada pengorbanan pemimpin terdahulu yang berusaha memerdekakan negara kita.

"Seterusnya Tayangan Kemerdekaan dibuat dan pada tahun ini adalah cerita PASKAL yang mengkisahkan tentang pejuang negara," katanya.

Program Sambutan Ambang Merdeka dibuat agar murid-murid  menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan.

Sesungguhnya jasa pejuang kemerdekaan patut dihargai. Pejuang kemerdekaan ini telah banyak berkorban harta dan nyawa untuk memerdekakan negara.

Guru-guru SK LKTP Pemanis 1 dengan tema Songket dan Kesultanan Melayu.

Guru-guru perempuan yang memakai pakaian bertemakan songket.

 

Cikgu Nurul Izni (kiri) bersama Saadiah ketika sesi laungan tujuh kali Merdeka.

Cikgu Nurul Izni (kiri) bersama Saadiah ketika sesi laungan tujuh kali Merdeka.

Tip menarik:

Nota padat topik Abakus...Calon UPSR boleh buat ulang kaji ringkas cara Cikgu Mohd Fadli

Siap sedia sebelum UPSR 2019 bermula - Ini yang mak ayah perlu lakukan di saat-saat akhir

Enam doa ringkas boleh diamalkan untuk anak menghadapi peperiksaan

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau